Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

THT tak boleh tercicir mata kali ketiga berturut

podiumontour April 18, 2026 2 minutes read
THT

FITRI (duduk) akur selepas THT melepaskan gol penyamaan kepada Maybank pada minit terakhir perlawanan. - ARENA HOKI MALAYSIA

TERCICIR lima mata dalam dua perlawanan awal pastinya meresahkan Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam misi mempertahan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Semalam, THT dikecewakan gol penyamaan 1-1 pada saat akhir kepada Maybank hasil jaringan padang Kamarulzaman Kamaruddin di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ini juga kali kedua berturut-turut THT bolos di penghujung perlawanan selepas minggu lalu melepaskan gol kemenangan 5-4 TNB ThunderStars di Kuala Terengganu.

Lebih memeritkan apabila gol dragflick Jang Jonghyun menafikan trofi pertama THT yang mana aksi pertama MHL itu juga menentukan pemenang Piala Sumbangsih.

Kapten THT, Mohd Fitri Saari mengakui dua keputusan awal ini tidak memuaskan, dan mereka tidak boleh terus tercicir mata dalam aksi-aksi selepas ini.

“Terlepas peluang keemasan untuk bawa pulang tiga mata. Bagi saya, nasib tak menyebelahi kami dan pqda masa sama kita tak boleh buat kesilapan, lagi-lagi di minit akhir memang kena fokus.

“THT nama besar, bila dua perlawanan baru dapat satu mata, kurang memuaskan. Jadi Saya harap pemain bangkit dan cuba dapat tiga mata perlawanan esok,” katanya kepada Podium On Tour.

Pastinya, THT tidak boleh tercicir mata buat kali ketiga menjelang aksi menentang Armed Forces HT di Stadium Hoki Nasional pada pukul 6 petang esok (19 April). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ARENA HOKI MALAYSIA

Post navigation

Previous: Agresif, cepat curi bola kunci kejayaan TNB ThunderStars
Next: UPSI ‘kilang baharu’ pecut wanita, pecah rekod VTF

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.