Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

2 rekod lebur di hari pertama VTF 1

podiumontour April 18, 2026 2 minutes read
Rekod VTF Jonah

JONAH membuktikan statusnya sebagai pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 dengan rekod baharu acara lempar cakera saingan VTF 1 2026. - SUKAN IPT

SAINGAN hari pertama Varsity Track & Field (VTF) Siri 1 2026 menyaksikan dua rekod kejohanan berjaya dicipta melalui Jonah Chang Rigan dan Nikos Tai Lee Onn di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang semalam (17 April).

Biarpun bukan acara sebenarnya, namun kemampuan Jonah tidak boleh dipertikaikan apabila dia mencipta rekod baharu VTF bagi acara lempar cakera dengan lemparan sejauh 50.71 meter (m), memadam catatan lama 49.96m.

Jonah yang merupakan pemegang rekod lontar peluru kebangsaan, 17.89m, secara tak langsung memperbaiki catatan peribadinya untuk lempar cakera yang sebelum ini dengan jarak 50.63m.

Atlet berusia 23 tahun itu, menewaskan pemegang rekod terdahulu iaitu Kamal Farhan A. Rahman dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang meraih pingat perak dengan 48.98s, manakala gangsa dimenangi Syed Ali (46.59m).

Menariknya, pelajar Universiti Malaya (UM) itu mencipta rekod baharu tersebut pada lemparan terakhir selepas empat daripada enam percubaannya batal.

Rekod VTF Nikos
NIKOS TAI (kanan) memimpin kumpulan pelari ketika memenangi pingat emas 10,000m VTF 1 2026 di USM semalam (17 April). – SUKAN IPT

Sementara itu, Nikos Tai menebus kekalahannya pada Grand Final VTF 2025, dengan meraih pingat emas beserta rekod baharu 10,000m menerusi catatan 32 minit 51.44 saat (s).

Atlet UM itu memadam rekod lama kejohanan, 32:57.69s dicipta B. Ruveshwaran dari Universiti Multimedia (MMU) pada Grand Final VTF tahun lalu,

Sebaliknya, Ruveshwaran terpaksa menerima hakikat kali ini berakhir di tempat kedua dengan masa 33:35.51s, manakala Wee Shao Heng dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meraih gangsa (33:38.26s). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Ratu pecut VTF 1 2026 milik Wardatul Huwaida
Next: Agresif, cepat curi bola kunci kejayaan TNB ThunderStars

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.