Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Akhimullah sedia beri segalanya buat Speedy Tigers

podiumontour August 14, 2026 2 minutes read
Akhimullah

AKHIMULLAH (kanan) bakal mejadi sandaran terbaik untuk menghasilkan jaringan buat Speedy Tigers di pentas Piala Dunia 2026. - MHC

PENYERANG skuad hoki negara, Akhimullah Anuar Esook tidak meletakkan sasaran peribadi, apatah lagi mengejar anugerah individu seperti kebiasaan diraihnya setiap kali menyarung jersi Malaysia di pentas tertinggi antarabangsa.

Bagi Akhimullah, dia mahu menikmati penampilan pertamanya di Piala Dunia bagi hoki padang yang mana ia adalah penghormatan tertinggi buat kariernya walaupun sebelum ini pernah mengecapi pelbagai kejayaan untuk hoki lima sebelah (5s).

Justeru, Akhimullah mahu membantu memberikan segala-galanya buat Speedy Tigers yang akan membuka kempen Piala Dunia 2026 menentang juara bertahan, Jerman di Arena Hoki Belfius, Belgium malam esok (15 Ogos).

Selain Jerman, skuad negara juga akan bertemu juara Piala Negara-Negara 2025-26, Perancis (17 Ogos) sebelum melengkapkan aksi Kumpulan B menentang juara Liga Pro FIH musim ini yang juga finalis Piala Dunia 2023, Belgium pada 20 Ogos.

“Setiap kejohanan ada sasaran tersendiri. Kali ini saya tiada sasaran untuk anugerah individu. Saya cuma mahu fokus untuk membina pasukan dan memperbaiki kesilapan-kesilapan daripada kejohanan sebelum ini.

“Keyakinan itu ada, tetapi kami perlu fokus kepada setiap perlawanan, beri yang terbaik dan paling penting, perlu menjaringkan gol daripada setiap peluang yang kita ada.

“Tiada yang mustahil. Selagi kita berusaha dan melakukan perkara yang betul di atas padang, keputusan akan datang,” katanya kepada Podium On Tour.

Sebagai rekod, Akhimullah pernah menempa pelbagai kejayaan seperti penjaring terbanyak dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di Buenos Aires, Argentina.

Beliau turut membantu Malaysia muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman hingga diangkat sebagai Pemain Terbaik Kejohanan (MVP) tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur masih diberi peluang untuk bermain di Piala Dunia yang mana ini akan menjadi penampilan pertama saya.

“Walaupun saya sudah bermain dan mendapat beberapa kejayaan di pentas dunia hoki 5s, kali ini berbeza kerana saya akan merasai pengalaman Piala Dunia hoki padang pula,” tambahnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Siapa bakal rebut gelaran raja pecut SUKMA 2026?
Next: Speedy Tigers janjikan tentangan sengit buat Jerman

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.