Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers janjikan tentangan sengit buat Jerman

podiumontour August 14, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

BARISAN pemain skuad hoki negara akan turun membuka kempen Piala Dunia 2026 menentang Jerman malam esok. - MHC

STATUS Jerman selaku juara bertahan serta perbezaan ranking yang agak ketara, namun semangat para pemain hoki negara tetap berada pada tahap tertinggi menjelang aksi pertama Piala Dunia 2026 di Wavre, Belgium malam esok (15 Ogos).

Biarpun rekod pertemuan lebih memihak kepada Jerman, No. 5 dunia, dengan lapan kemenangan, namun pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan Speedy Tigers, No.14 dunia, menang 4-2 dalam aksi persahabatan pada 2019.

Malah, ketua jurulatih skuad negara, Brendon Carolan juga mendedahkan, para pemainnya sudah bersedia untuk memberikan tentangan kompetitif kepada Jerman yang menjuarai Kejohanan Eropah 2025 di Arena Hoki Belfium malam esok (15 Ogos, 8.30pm waktu Malaysia)

“Para pemain tidak sabar untuk memulakan kejohanan ini. Mereka telah menunjukkan aksi yang baik dan saya percaya mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk memberikan cabaran sengit kepada Jerman.

“Saya juga dapat rasakan prestasi kami sekarang lebih baik berbanding di Piala Negara-Negara dua bulan setengah yang lalu. Saya yakin pemain akan beraksi kompetitif menentang Jerman yang hebat.

“Matlamatnya untuk bermain dengan keyakinan diri dan rasa bangga mewakili Malaysia di Piala Dunia. Saya tahu para pemain tidak sabar untuk membanggakan negara,” kata Carolan.

Trio serangan diketuai penyerang berpengalama, Faizal Saari, Azrai Aizad Abu Kamal dan Akhimullah Anuar Esook pastinya menjadi sandaran untuk cuba mengeggarkan gawang Jerman.

Keputusan positif dalam perlawanan pertama pastinya mampu membakar semangat barisan pemain negara menghadapi dua lagi lawan seterusnya dalam saingan Kumpulan B iaitu Perancis (17 Ogos) dan Belgium (20 Ogos). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Akhimullah sedia beri segalanya buat Speedy Tigers
Next: Izzatul Musfirah pilihan utama raja pecut SUKMA 2026

Related Stories

SSTMI SOJC
  • Hoki

SSTMI Thunderbolts bentuk karakter Nabil sebagai kapten

podiumontour October 26, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Malaysia akhiri penantian 15 tahun bergelar juara

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026

Recent Posts

  • SSTMI Thunderbolts bentuk karakter Nabil sebagai kapten
  • SOJC: Malaysia akhiri penantian 15 tahun bergelar juara
  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.