Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Aksi Speedy Tigers, Ireland hasilkan 11 gol

podiumontour August 21, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers Hoki

BARISAN pemain negara meraikan jaringan ketika menentang Belgium hari in. - FIH

BOLOS empat gol menyukarkan perjuangan skuad hoki negara yang akhirnya terpaksa akur tewas 4-7 kepada Ireland dalam aksi klasifikasi Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Arena Hoki Belfius hari ini.

Speedy Tigers dikejutkan dengan tiga gol pantas Ireland dalam tempoh 11 minit di suku pertama hasil dua jaringan Jonathan Lynch pada minit kelapan dan 12 serta satu daripada Matthew Nelson (m-19).

Belum sempat mengubah situasi, pasukan No.10 dunia itu menambah gol keempat menerusi Lynch yang melengkapkan hatriknya pada minit ke-24.

Speedy Tigers yang berada di ranking ke-14 dunia, berjaya merapatkan kedudukan kepada 2-4 hasil dua gol pukulan sudut penalti daripada Azimuddin Syakir Kamaruddin dan Amirul Hamizan Azahar pada minit ke-36 serta 37.

Bagaimanapun, Ireland kembali melebarkan jurang dengan tambahan gol kelima dan keenam menerusi John McKee pada minit ke-37 dan Matthew Nelson (m-39).

Biarpun ketinggalan 2-6, skuad negara tidak patah semangat apabila terus berusaha sehinggalah berjaya menjaringkan gol menerusi tampanan Azrai Aizad Abu Kamal hasil pukulan deras Faiz Helmi Jali pada minit ke-41.

Ireland membuktikan kualiti mereka dengan gol ketujuh daripada Benjamin Walker pada minit ke-54 dan seminit kemudian giliran Faizal Saari menjaringkan gol, namun, ia sudah terlambat apabila kedudukan kekal 4-7 hingga tamat.

Situasi bolos empat gol awal itu sememangnya menjadi antara faktor kekalahan Malaysia, namun dari sudut positif, anak-anak buah Brendon Carolan membuktikan mereka mampu menjaringkan gol dalam keadaan tekanan tinggi.

Aksi seterusnya buat Malaysia dalam Kumpulan H yang merupakan klasifikan 9-16 adalah menentang Afrika Selatan esok.

Ia juga bukan satu tugas mudah kerana Afrika Selatan masih segar dengan kemenangan 3-1 ke atas Perancis dalam satu lagi aksi yang berlangsung hari ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN
Next: Speedy Tigers perlu elak bolos awal lawan Afrika Selatan

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.