Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers perlu elak bolos awal lawan Afrika Selatan

podiumontour August 22, 2026 2 minutes read
hoki

AZIMUDDIN Syakir Kamaruddin meraikan jaringannya ketika menentang Ireland semalam. - FIH

SKUAD hoki negara perlu mencatat kemenangan ke atas Afrika Selatan pada aksi terakhir klasifikasi Kumpulan H Piala Dunia 2026 dalam usaha untuk merebut tempat dalam penentuan tempat ke-11 hingga 14.

Speedy Tigers terlepas penentuan tempat kelapan atau kesembilan selepas tewas 4-7 kepada Ireland dalam aksi pertama klasifikasi Kumpulan H di Arena Hoki Belfius semalam.

Ketua jurulatih skuad negara, Brendon Carolan berharap anak-anak buahnya tidak mengulangi situasi sama seperti bolos empat gol awal kepada Ireland dalam aksi menentang Afrika Selatan petang esok.

“Saya rasa kami mengharapkan lebih banyak daripada kumpulan kami hari ini. Malangnya, melepaskan begitu banyak gol mudah di awal perlawanan menyebabkan permainan agak sukar dikejar terlalu awal.

“Kekecewaan kami terhadap keputusan menentang pasukan sepuluh terbaik dunia ini menunjukkan di mana tahap kami sekarang. Jadi kami perlu dapatkan keputusan ke atas Afrika Selatan dan tingkatkan standard prestasi kami.

“Sekali lagi kami berjaya menjaringkan gol tetapi pertahanan kami juga perlu lebih baik dan matlamat selepas ini adalah menewaskan Afrika Selatan dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana Speedy Tigers perlu menang lebih daripada tiga gol ke atas Afrika Selatan sambil mengharapkan Ireland menewaskan Perancis yang mana ia boleh melonjakkan skuad negara ke kedudukan Kumpulan H.

Jika itu berlaku, Speedy Tigers akan beraksi di penentuan tempat ke-11 ataupun 13, namun seandainya tewas, bermakna skuad negara bermain dalam penentuan tempat ke-15 dan 16.

Ia tidak mudah kerana Afrika Selatan berjaya mengikat Australia di peringkat kumpulan selain menang ke atas Perancis dalam aksi pertama klasifikasi Kumpulan H sebelum ini.

“Ia akan menjadi satu ujian yang baik untuk kami, tetapi bagi kami, itu tidak penting. Kami mesti mampu untuk menewaskan mereka,” jelas Carolan.

Sebagai rekod, Speedy Tigers menamatkan edisi Piala Dunia 2014 di kedudukan ke-12 daripada 12 pasukan, edisi 2018 di tempat ke-15 dan tempat ke-13 pada edisi 2023. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Aksi Speedy Tigers, Ireland hasilkan 11 gol
Next: Sabrina rampas ranking lompat tinggi No.2 Malaysia

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.