Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Amaran awal Territory Stingers mahu dominasi MHL

podiumontour May 2, 2026 2 minutes read
Territory Stingers

BARISAN pemain Territory Stingers bersiap sedia memulakan perlawanan menentang Perak di Stadium Hoki Nasional hari ini (2 Mei).

KEMENANGAN 5-2 ke atas Perak dalam aksi debut Liga Hoki Malaysia Wanita (MHL) 2026 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini (2 Mei) membuktikan Territory Stingers serius mahu membawa pulang trofi ke Australia musim ini.

Kelab dari Darwin itu tidak main-main apabila menyenaraikan dua bekas bintang Australia cukup berpengalaman di pentas antarabangsa iaitu Penny Squibb dan Brooke Peris yang pernah bermain tiga Sukan Olimpik.

Squibb pernah meraih tempat ketiga Piala Dunia 2022, manakala Perris dengan 214 kap antarabangsa dan 66 gol pula adalah penolong kapten Hockeyroos dari 2011 hinggalah dia bersara dua tahun lalu.

Territory Stingers juga membawa empat pemain New Zealand iaitu Hope Ralph, Kaea Elliott, Rebecca Baker dan Breana Catley selain bakat muda skuad bawah 16 tahun (B16) Australia, Alicia David.

Biarpun Peris, Baker dan Catley masih belum beraksi, namun Territory Stingers kelihatan tiada masalah untuk mencatat kemenangan besar hasil empat gol Squibb dan satu daripada Tayah Stripling.

“Kami lebih bersedia berbanding tahun lalu. Ia sesuatu yang bagus dapat menang dalam perlawanan pertama dan kami harap boleh teruskan beraksi dengan baik.

“Kami mahu memenangi banyak perlawanan kerana kami datang ke sini untuk trofi. Kemenangan hari ini adalah permulaan terbaik kami,” kata salah seorang pemain merangkap jurulatih, Josie Hullick kepada Podium On Tour.

Musim lalu menyaksikan Territory Stingers menamatkan kempen MHL di kedudukan kelima daripada tujuh pasukan, menang dua dan tewas empat perlawanan sekali gus terlepas beraksi di Piala Vivian May Soars.

Pastinya dua pasukan pilihan, Negeri Sembilan dan Malaysian University-Uniten tidak boleh memandang rendah kemampuan Territory Stingers yang kini menjanjikan persaingan yang cukup sengit.

Territory Stingers akan berdepan Malaysian University pada Selasa ini sebelum bertemu Negeri Sembilan pada Sabtu depan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Penangan luar biasa Jonah cipta rekod kebangsaan
Next: Juara dalam pembikinan, Chai Kai Le atasi rekod B20 Malaysia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.