Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Penangan luar biasa Jonah cipta rekod kebangsaan

podiumontour May 2, 2026 2 minutes read
Jonah Chang

JONAH cemerlang menamatkan Kejohanan Balingan Asia dengan rekod kebangsaan baharu menerusi catatan 18.81m. - OLAHRAGA MALAYSIA

TANGAN sakit tidak menghalang jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan mencipta rekod kebangsaan baharu dengan catatan 18.81 meter (m) pada Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan hari ini (2 Mei).

Menariknya, Jonah hanya membuat dua lontaran yang sah iaitu 18.29m dan 18.81m pada percubaan pertama serta kelima, manakala empat lagi batal sepanjang aksi berkenaan.

Jika tidak, mungkin Jonah mampu membuat catatan lebih jauh, mengatasi jarak 19m dan secara tidak langsung membolehkannya bersaing merebut kedudukan podium pada kejohanan berkelas dunia tersebut.

Begitupun, Jonah tetap berbangga kerana empat bulan lepas dia baru mencipta rekod kebangsaan 18.78m ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember lalu.

“Di Malaysia saya lawan (diri) sendiri sahaja, jadi di sini, bersaing dengan nama-nama besar di sini menaikkan semangat untuk ukur tahap saya.

“Saya bagi maksimum tetapi lontaran pertama tadi dah tergelincir, rasa sakit. Ada beberapa balingan saya rasa boleh 19m tetapi kaki saya dah lemah.

“Perancangan selepas ini saya harap dapat pergi Terbuka Taiwan. Saya nak buat 19m dan buat lagi PB (rekod peribadi) baharu,” katanya.

Persaingan di Mokpo ternyata amat kompetitif kerana pemenang pingat emas dari China, Chen Hongfei Berjaya mencipta rekod baharu kejohanan iaitu 20.18m.

Rakan senegaranya, Chen Chengyu meraih perak dengan lontaran 19.64m sementara gangsa dimenangi Ivan Ivanov dari Kazakhstan (19.41m), manakala Jonah berpuas hati menamatkan kejohanan di tempat kelima. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Squibb dari Olimpik ke MHL, ratu PC Australia ledak 4 gol
Next: Amaran awal Territory Stingers mahu dominasi MHL

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.