Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Juara dalam pembikinan, Chai Kai Le atasi rekod B20 Malaysia

podiumontour May 2, 2026 2 minutes read
Chai Kai Le

KAI LE berjaya mencipta PB baharu 63.13m yang mana ia telah mengatasi NU20R pada Kejohanan Balingan Asia di Mokpo hari ini (2 Mei). - OLAHRAGA MALAYSIA

NAMA Chai Kai Le mungkin kurang dikenali dalam dunia olahraga tanah air tetapi permata rejam lembing dalam pembikinan ini mempunyai masa depan yang cerah untuk menggalas harapan Malaysia pada masa depan.

Apa tidaknya, Kai Le berjaya mencipta rekod peribadi (PB) dalam dua kejohanan berturut-turut dengan terbaharu menerusi 63.13 meter (m) pada Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan hari ini (2 Mei).

Menariknya, catatan itu telah mengatasi rekod Malaysia bawah 20 tahun (NU20R) berusia 27 tahun, 62.90m yang sebelum ini dicipta oleh Kho Mei Kwang di Darwin, Australia pada 24 Mei 1999.

Berdasarkan prestasi semasa, bintang muda berusia 18 tahun itu mempunyai potensi yang sangat besar kerana beberapa minggu lalu dia baru sahaja mencipta PB baharu di Terbuka Singapura dengan catatan 60.82m.

Malah, Kai Le cuma kekurangan 3.31m untuk mengesahkan tempatnya dalam kelompok 8 terbaik melangkah ke pusingan akhir di Kejohanan Balingan Asia, Mokpo itu.

Jika Kai Le terus menunjukkan perkembangan positif, tak mustahil Malaysia boleh menaruh sandaran kepadanya untuk mencabar di peringkat Sukan SEA seperti era Natashar Singh Sidhu dahulu.

Natashar boleh dianggap perintis kepada acara rejam lembing tanah air sehingga pernah beraksi di pentas Sukan Olimpik dua kali berturut-turut pada edisi Tokyo 1964 dan Mexico City 1968.

Bukan itu sahaja, beliau juga kekal satu-satunya atlet rejam lembing negara menaiki podium di pentas Sukan Asia iaitu emas edisi Bangkok 1966 dan gangsa Bangkok 1970.

Selepas era Natashar, harapan itu digalas Mohamed Yazid Imran dengan pelbagai pingat Sukan SEA termasuk rekod kebangsaan yang kini masih dipegangnya dengan catatan 73.34m dicipta di Singapura pada 2 September 1995. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Amaran awal Territory Stingers mahu dominasi MHL
Next: THT belum mengalah, kemenangan bangkit semangat

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.