Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Ashran ledak hatrik sulung bersama Maybank

podiumontour April 27, 2026 1 minute read
Ashran

ASHRAN menjaringkan tiga gol ketika menewaskan UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Nasional semalam (26 April). - ARENA HOKI MALAYSIA

KEMENANGAN 6-0 Maybank ke atas UiTM HA-KPT dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 semalam (26 April) menjadi kenangan manis buat Mohamad Ashran Hamsani.

Apa tidaknya, aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu menyaksikan Ashran berjaya meledak hatrik liga buat kali pertama sejak menyertai Maybank pada 2022.

Menariknya, Ashran, 31, yang juga pemain tengah skuad hoki kebangsaan, menyumbat ketiga-tiga gol itu menerusi jaringan padang pada minit ke-16, m47 dan m51.

Sebagai rekod, ini kali kedua Ashran berjaya meledak hatrik dalam kariernya selepas pernah menyumbat empat gol buat Speedy Tigers ketika menewaskan Taiwan 15-0 pada Piala Asia 2025 di Rajgir, India.

Baki tiga lagi gol Maybank diperoleh melalui jaringan padang Muhammad Shahril Saabah pada minit kedua dan dua pukulan sudut penalti Muhammad Najmi Farizal Jazlan (m26, m43).

Najmi kini berkongsi penjaring terbanyak dengan bintang THT, Faizal Saari melalui 6 gol, manakala Shahril di tempat ketiga, juga berkongsi 5 gol bersama pakar flick TNB ThunderStars, Jang Jonghyun.

Maybank kini di mengungguli tangga teratas dengan 10 mata selepas empat perlawanan, namun TNB ThunderStars yang di tangga kedua dengan 9 mata, memilki kelebihan satu aksi dalam tangan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ARENA HOKI MALAYSIA

Post navigation

Previous: Inisiatif murni Meor Azuan wajar dipuji
Next: Trofi PSA 15k lonjak semangat Ainaa Amani

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.