Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Trofi PSA 15k lonjak semangat Ainaa Amani

podiumontour April 27, 2026 2 minutes read
Ainaa Amani

AINAA menunjukkan trofi RC Pro Series dimenanginya di St. Louis kelmarin (25 April).

PENANTIAN Noor Ainaa Amani Ampandi untuk menjulang trofi dalam Jelajah PSA selepas 2024 akhirnya tertunai sekali gus memenangi kejuaraan pertamanya tahun ini.

Ia hasil kejayaan Ainaa yang berada di ranking 55 dunia, menjuarai Kejohanan Skuasy RC Pro Series di St. Louis, Amerika Syarikat lewat malam kelmarin (25 April).

Kejayaan itu menyuntik semangat Ainaa untuk meneruskan rentak momentum itu dalam kejohanan seterusnya, Hyder Trophy di New York dari 29 April hingga 3 Mei ini .

“Ini adalah gelaran keempat dan terbesar sebab status challenger 15k. Sebelum ini saya menang (status) 6k, 10k, 12k dan kali terakhir menang pada 2024.

“Setelah sekian lama dan selepas Sukan SEA, Alhamdulillah saya dapat menang satu lagi gelaran PSA di St. Louis.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana saya bekerja keras dan sentiasa menolak had diri sejak kebelakangan ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada jurulatih, Ajaz Azmat yang sentiasa percaya kepada saya serta pasukan yang telah bekerjasama di tanah air,” katanya kepada Podium On Tour.

Ainaa yang juga juara perseorangan Sukan SEA Thailand 2025, merangkul gelaran RC Pro Series selepas menewaskan Jana Safy dari Mesir 11-7, 8-11, 11-9, 7-11, 11-3 di final.

Di New York nanti, Ainaa turun selaku pilihan pertama, mendapat bye ke pusingan kedua dan bakal bertemu pemenang antara lawan dari Guyana, Mary Fung-A-Fat atau pemain tuan rumah, Charlotte Sze. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Ashran ledak hatrik sulung bersama Maybank
Next: Speedy Tigers ketahui lawan di Nations Cup 2026

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.