Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Inisiatif murni Meor Azuan wajar dipuji

podiumontour April 27, 2026 2 minutes read
Meor Athirah

ATHIRAH bergambar bersama pemain-pemain Maybank semasa penyerahan kayu hoki dan jersi latihan Malaysia ditandatangani semua pemain Maybank di Stadium Hoki Nasional semalam (26 April) - IKMAL ABDUL JABAR

BIARPUN kecil tetapi inisiatif bekas pemain tengah hoki kebangsaan, Meor Muhamad Azuan Hasan tampil menghulurkan bantuan kepada Nur Athirah Maisarah Muhammad Mahezal wajar diberikan pujian tinggi.

Athirah dipercayai kehilangan kayu hokinya yang dipinjam abangnya semasa aksi lelaki bawah 18 tahun (B18) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Bangsar di Stadium Hoki KPM pada 24 April.

Situasi itu membuatkan Athirah, 12, tiada kayu hoki untuk aksi final MSSD B12 Bangsar pada Rabu ini (29 April) yang membuatkan Meor terdetik untuk memberikan lebihan kayu hoki miliknya berjenama Kuns.

“Saya bukan daripada keluarga senang, zaman sekolah dulu nak beli kayu pun susah, memang pinjam atau pakai yang sekolah punya sampailah saya dah boleh beli sendiri.

“Bila saya baca dia (Athirah) hilang kayu hoki yang dibeli dengan duit raya sendiri, maknanya dia betul-betul minat hoki. Jadi apa salahnya saya bagi kayu hoki saya.

Meor Athirah
MEOR (kanan) dan Athirah bergambar semasa penyerahan kayu hoki di Stadium Hoki Nasional semalam (26 April) – IKMAL ABDUL JABAR

“Langkah saya ini kecil saja, tak besar mana pun. Tapi dengan ini, dia dapat main final (MSSD) dan teruskan minat dalam hoki. Siapa tahu mngkin pada masa depan dia boleh beri sesuatu kepada hoki,” kata Meor eksklusif kepada Podium On Tour.

Selain itu, Meor yang pernah beraksi di dua Piala Dunia, turut menyerahkan beberapa barangan lain termasuk jersi Malaysia ditandatangani rakan sepasukannya di Maybank yang beraksi dalam kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Penyerahan itu dilakukan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebelum perlawanan antara Maybank menentang UiTM HA-KPT berkesudahan Maybank menang 6-0 semalam (26 April).

Sebelum ini, perkongsian ibunya di akaun Threads, @mimiejalmikhail mengenai kehilangan kayu hoki Athirah menjadi tular dan mendapat perhatian komuniti hoki termasuk pengendali Malaysian University – UNITEN, Ikmal Abdul Jabar.

Meor Athirah
ATHIRAH terharu kerana langsung tidak menduga akan mendapat pertolongan rakyat Malaysia yang baik-baik. – PODIUM ON TOUR

“Athirah ada nilai sentimental dengan kayu hoki itu. Selain beli guna duit raya sendiri dikumpul, dia juga jaring tiga gol dengan kayu itu dan sedikit sebanyak bantu sekolah layak ke final.

“Athirah sangat terharu dan berterima kasih kepada semua yang prihatin dan sudi membantu. Tiada kata dapat diungkap, dia hanyalah pemain biasa baru berjinak-jinak dengan hoki.

“Tak sangka dapat perhatian orang ramai. Dapat kata-kata semangat lagi daripada abang Meor, pemain-pemain Maybank dan coach Ikmal,” jelas ibu Athirah.

Athirah akan turun beraksi buat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya bertemu SK Desa Petaling pada final MSSD Bangsar B12 di Stadium Hoki KPM pada 29 April ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – IKMAL ABDUL JABAR

Post navigation

Previous: ‘Wake up call’ buat THT diikat Thunderbolts
Next: Ashran ledak hatrik sulung bersama Maybank

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.