Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Aura Kuala Lumpur, daripada tercorot ke empat terbaik

podiumontour September 11, 2026 2 minutes read
PIALA TUN ABDUL RAZAK

IKMAL (kanan) memberi arahan kepada para pemain semasa waktu rehat permainan. - SHOTBY.KUI

KEHADIRAN Ikmal Abdul Jabar seakan memberi nafas baharu buat skuad hoki wanita Kuala Lumpur apabila kini menjadi empat pasukan terbaik Piala Tun Abdul Razak (TARC) 2026.

Apa tidaknya, Kuala Lumpur yang kali terakhir bergelar juara TARC kategori wanita pada 2021, menamatkan kempen musim lalu di kedudukan terakhir daripada 10 pasukan.

Namun, edisi kali ini segalanya berbeza apabila Kuala Lumpur muncul empat pasukan terbaik dan mara ke separuh akhir menentang Pahang di Stadium Hoki MBPJ petang ini (11 September).

Tak dinafikan mungkin salah faktornya adalah magis daripada Ikmal yang selama ini berjaya mengemudi pasukan bimbingannya ke final.

Selama lapan tahun dari 2017 hingga 2025 bersama Selangor, beliau cuma sekali gagal ke final iaitu edisi 2021 yang mana ketika itu KL muncul juara menewaskan Pahang 1-0.

Sepanjang itu, beliau berjaya memenangi tiga gelaran pada 2017, 2019 dan 2022 selain naib juara bagi edisi 2018, 2020, 2021, 2023, 2024 serta 2025.

Bagaimanapun, tidak mudah buat Ikmal kerana Kuala Lumpur bakal bertemu Pahang iaitu salah satu pasukan pilihan selain mereka juga diperkuatkan dengan ramai bekas pemain kebangsaan yang sarat dengan pengalaman.

Pastinya, bekas penyerang Malaysian Tigress, Nur Zafirah Aziz menjadi taruhan utama Kuala Lumpur untuk menggegar gawang Pahang berdasarkan statusnya sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 4 gol bersama Nur Shafikan Mohd Sharuddin dari Melaka.

Satu lagi aksi separuh akhir kategori wanita hari ini menyaksikan pertemuan antara Selangor dan Melaka.

Bagi kategori lelaki, juara bertahan, Terengganu akan menentang Perlis, manakala Perak berentap dengan Pahang di Stadium Hoki Pandamaran, Klang esok. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SHOTBY.KUI

Post navigation

Previous: Young Tigress terlepas tiket Piala Dunia Remaja 2027
Next: Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.