Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigress terlepas tiket Piala Dunia Remaja 2027

podiumontour September 10, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

BARISAN pemain negara (jersi kuning) tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas wisel penamat menentang Korea Selatan hari ini.

MALANG berganda buat skuad hoki remaja wanita kebangsaan kerana bukan sahaja terlepas tiket separuh akhir Piala Remaja Asia 2026, malah turut gagal menyambar slot ke Piala Dunia Remaja 2027.

Ketua jurulatih Young Tigress, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim mengakui barisan pemainnya sedih dengan kekalahan 0-1 kepada Korea Selatan dalam aksi suku akhir di Moqi, China hari ini

Beliau menyifatkan anak-anak buahnya telah memberikan permainan terbaik mereka hari ini, namun terpaksa akur tewas hasil gol tunggal daripada penalti stroke Jung Sebhin pada minit ke-50.

“Walaupun pasukan ini kurang pengalaman, masih baru, masih muda dan pada masa sama kita hilang tiga tonggak yang bersama skuad senior ke Sukan Asia, namun pemain masih tunjukkan kualiti mereka.

“Kita terpaksa akur kerana Korea bukan pasukan yang mudah tetapi kita buatkan mereka terpaksa bekerja keras. Tiada nasib, pemain perlu belajar untuk bangkit kerana inilah hoki,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Young Tigress akan berdepan Bangladesh untuk penentuan tempat kelima dan keenam pada Sabtu ini.

“Kita akan teruskan rentak ini untuk aksi seterusnya menentang Bangladesh. Kita juga harap program ini diteruskan disebabkan kualiti yang ada kerana ini adalah masa depan hoki wanita Malaysia,” jelas Nasihin.

Kemenangan ke atas Bangladesh pada Sabtu ini akan membolehkan Young Tigress mengulangi pencapaian tempat kelima diraih pada lima edisi terdahulu bermula 2008, 2012, 2015, 2023 dan 2024. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Young Tigers layak Piala Dunia Remaja 2027
Next: Aura Kuala Lumpur, daripada tercorot ke empat terbaik

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.