Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa

podiumontour September 11, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

DHEERESSH Gunaseelan (tengah) cuba menghalang pemain India dalam aksi separuh akhir Piala Remaja Asia hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki remaja lelaki negara perlu terus memandang ke hadapan dan melupakan kekecewaan gagal ke final selepas tewas 1-3 kepada India pada aksi separuh akhir Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China hari ini.

Sebaliknya, Young Tigers perlu segera bangkit dan menebus kedukaan itu dengan menewaskan Pakistan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat esok sekali gus menutup kempen di kedudukan podium.

Ketua jurulatihnya, Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata, mereka perlu memperbaiki kelemahan ketara iaitu kegagalan menyudahkan peluang di depan gol yang menjadi faktor utama kekalahan kepada India.

“Kita tak main teruk, kita sebenarnya turun agak baik untuk mencapai misi layak ke final. Namun, ada beberapa peluang jaringkan gol seperti satu pukulan sudut penalti (PC) yang jelas dan satu penalti stroke (PS) tetapi kita tak berjaya.

“Saya fikir kelemahan kita adalah tak sudahkan peluang untuk jaringkan gol sebab perlawanan seimbang. Akhirnya kita kalah 3 gol kepada India.

“Kita akan perbaiki kelemahan ini dan saya percaya pemain-pemain akan berikan aksi terbaik mereka di penentuan tempat ketiga dan keempat nanti,” katanya.

India, juara bertahan tiga edisi berturut-turut, meraih tiga gol menerusi dua PC daripada Anmol Ekka pada minit ke-16 dan 54 serta satu jaringan padang Sukhvinder (m-51).

Gol tunggal Young Tigers diperoleh melalui pukulan reverse Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien di penghujung perlawanan.

Ketangkasan penjaga gol India, Vivek Lakra juga antara faktor kemenangan lawan itu selepas cemerlang menafikan banyak percubaan skuad muda negara termasuk PS daripada Nabil Irfan Yusof di suku masa keempat.

“Kita tak boleh terus bersedih, kena pandang ke hadapan. Mereka pemain muda dan perlu diberi lebih sokongan. Jadi amat penting untuk mereka bangkit di penentuan tempat ketiga dan keempat,” jelas Nor Saiful.

Young Tigers akan berdepan Pakistan di penentuan tempat ketiga dan keempat selepas lawan itu tewas 1-4 kepada Korea Selatan dalam satu lagi aksi separuh akhir hari ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Aura Kuala Lumpur, daripada tercorot ke empat terbaik
Next: Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.