Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Azimuddin mahu beri lebih sumbangan buat Speedy Tigers

podiumontour July 2, 2026 2 minutes read
Azimuddin Speedy Tigers

AZIMUDDIN gembira kerana turut diberi kepercayaan mengambil PC pada saingan Piala Negara-Negara di Cape Town baru-baru ini. - MHC

PEMAIN pertahanan skuad hoki negara, Azimuddin Syakir Kamaruddin berharap dapat terus memberikan sumbangan lebih besar menjelang Piala Dunia 2026 di Wavre, Belgium dari 15 hingga 30 Ogos nanti.

Untuk itu, Azimuddin mahu terus meningkatkan kemampuan dan memperbaiki kelemahan permainannya sepanjang tempoh pemantapan pasukan dan kem latihan di Durban, Afrika Selatan ketika ini.

“Alhamdulillah saya agak berpuas hati dengan prestasi sendiri setakat ini walaupun masih ada banyak yang boleh diperbaiki.

“Dalam kem latihan di sini, saya nak fokus kepada konsistensi permainan, membuat keputusan dengan lebih baik di atas padang dan meningkatkan lagi tahap kecergasan.

“Ia supaya saya dapat beri sumbangan lebih besar kepada pasukan menjelang Piala Dunia nanti. Apa pun ia (Piala Negara-Negara) yang sangat baik buat diri saya,” katanya kepada Podium On Tour.

Dalam masa sama, Azimuddin bersyukur kerana dia diberikan kepercayaan untuk menunjukkan potensinya mengambil pukulan sudut penalti (PC) sewaktu saingan Piala Negara-Negara 2025-26 di Cape Town berakhir baru-baru ini.

Biarpun tidak menjaringkan gol, namun pemain berusia 21 tahun itu tetap memainkan peranan memastikan Speedy Tigers menamatkan kejohanan di tangga kelima.

Ia adalah pencapaian terbaik skuad negara berbanding dua penganjuran terdahulu yang menyaksikan Speedy Tigers meraih tempat ketujuh edisi 2023-23 dan tempat keenam pada 2024-25.

Selain kem latihan, Speedy Tigers akan bermain lima siri persahabatan menentang Afrika Selatan yang muncul naib juara Piala Negara-Negara 2025-26 dari 4 hingga 13 Julai sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 14 Julai.

Ia adalah antara persediaan akhir dilakukan Speedy Tigers sebelum memulakan kempen Piala Dunia 2026 dalam Kumpulan B menentang Belgium, Belanda dan Perancis di Arena Hoki Belfius bulan depan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: PPHT Thunderbolts tamat penantian 6 tahun ke Div 1
Next: Speedy Tigers fokus tingkatkan kefahaman taktikal

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.