Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers fokus tingkatkan kefahaman taktikal

podiumontour July 2, 2026 2 minutes read
Brendon Carolan Speedy Tigers

CAROLAN dilantik oleh Konfederasi Hoki Malaysia menggantikan Sarjit Singh pada Mac lalu. - MHC

KEM latihan skuad hoki negara di Durban, Afrika Selatan ketika ini turut memberi tumpuan kepada persefahaman pemain untuk menyesuaikan diri dengan taktikal permainan yang diterapkan ketua jurulatih, Brendon Carolan.

Perkara itu diakui pemain tengah berpengalaman Speedy Tigers, Mohd. Fitri Saari menjelang enam perlawanan persahabatan menentang pasukan No.13 dunia, Afrika Selatan dari 6 hingga 12 Julai ini.

“Kami perlu tingkatkan lagi persefahaman antara pemain dan cepat sesuaikan diri dengan taktikal baharu daripada jurulatih.

“Kefahaman taktikal ini amat penting dan pada masa sama kena tingkatkan juga aspek keupayaan membuat keputusan yang tepat dalam permainan,” katanya kepada Podium On Tour.

Speedy Tigers memilih untuk menjalani kem latihan di Afrika Selatan selepas tamat saingan Piala Negara-Negara 2025-26 di Cape Town pertengahan bulan lalu.

Kem latihan dan enam siri persahabatan dengan Afrika Selatan yang muncul naib juara Piala Negara-Negara 2025-26 itu antara langkah persediaan sebelum Speedy Tigers turun ke Piala Dunia 2026 di Wavre, Belgium pada Ogos nanti.

Di Piala Dunia yang bermula 14 Ogos nanti, skuad negara bakal berhadapan tugas getir apabila diundi dalam Kumpulan B bersama dua bekas juara dunia, Belgium dan Jerman selain juara Piala Negara-Negara 2025-26, Perancis.

Selepas tamat tugasan Piala Dunia, cabaran sebenar menanti Speedy Tigers yang akan turun memburu pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober depan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Azimuddin mahu beri lebih sumbangan buat Speedy Tigers
Next: Thabo Matebedi dilantik ketua jurulatih pecut Malaysia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.