Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

PPHT Thunderbolts tamat penantian 6 tahun ke Div 1

podiumontour July 1, 2026 2 minutes read
PPHT Thunderbolts

PEMAIN PPHT Thunderbolts (depan) beraksi menentang Anderson@RASHA dalam aksi separuh akhir Divisyen 2 hari ini.

PENANTIAN enam tahun PPHT Thunderbolts untuk naik pangkat ke Divisyen 1 Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) akhirnya tercapai selepas mereka berjaya mara ke pentas final Divisyen 2 musim ini.

Ketua jurulatih PPHT, Muhammad Syukuri Mazlan menganggap persediaan awal dilakukan pasukannya adalah kunci utama kejayaan mereka melepasi ‘badi’ separuh akhir Divisyen 2.

PPHT sebelum ini pernah tewas dua kali di separuh akhir keseluruhan yang mana mereka tumbang kepada SSBJ Juniors pada 2022 dan setahun kemudian dikecewakan MSSPP-PSHA.

Tahun lalu, PPHT terkandas di separuh akhir Divisyen 2 Zon Tengah di tangan Negeri Sembilan sebelum mereka dikekcewakan SSBJ Juniors dalam perebutan tempat ketiga dan keempat peringkat berkenaan.

“Sangat berpuas hati sebab enam tahun kami tunggu sebenarnya dan dua kali juga sebelum ini kami pernah sangkut di separuh akhir Divisyen 2. Alhamdulillah kali ini rezeki kami untuk naik ke Divisyen 1.

“Pemain-pemain nampak begitu bersemangat untuk bertemu semula SSBJ di final. Misi kami untuk balas dendam dan dapatkan juara Divisyen 2 tahun ini,” katanya kepada Podium On Tour.

PPHT mara ke final pada Jumaat selepas menewaskan Anderson@RASHA 3-1 dalam aksi separuh akhir Divisyen 2 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Tiga gol PPHT dalam aksi itu dihasilkan oleh Wan Putera Harits Irfan Abi Rifdi (m-6), Arif Ikhwan Ahmad Zahir (m-14) dan Muhammad Qasif Farhan Zamri pada minit ke-54.

Gol sagu hati Anderson pula dijaringkan oleh Muhammad Nor Aizat Haiqal Nor Azman pada minit ke-45.

Kini, PPHT berpeluang menebus dendam lama ke atas SSBJ Juniors apabila kedua-dua pasukan turun berentap di pentas final pada Jumaat ini. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: SSBJ Juniors naik pangkat ke Divisyen 1 MJHL
Next: Azimuddin mahu beri lebih sumbangan buat Speedy Tigers

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.