Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

B18 Malaysia kelima terbaik Piala Asia B18

podiumontour June 4, 2026 2 minutes read
Piala Asia B18

MALAYSIA (jersi kuning) berjaya menewaskan Bangladesh 4-0 dalam penentuan tempat kelima dan keenam Piala Asia B18 hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

KEJAYAAN skuad hoki B18 wanita menamatkan kempen Piala Asia B18 2026 di tangga kelima tetap satu pencapaian positif walaupun sasaran awal adalah podium.

Ini berdasarkan keseluruhan prestasi skuad negara yang kurang bernasib baik apabila tewas tipis 0-1 kepada dua gergasi Asia, India dan Korea Selatan dalam peringkat kumpulan sebelum ini.

Kemenangan 4-0 ke atas Bangladesh dalam aksi tempat kelima dan keenam di Kakamigahara, Jepun hari ini membuktikan perkembangan pemain-pemain muda berada di landasan tepat.

Apa yang menariknya adalah ketua jurulatih B18 wanita negara, Siti Amarina Ruhani membawa ramai pemain berusia 16 tahun seperti tiga penjaring gol menentang Bangladesh hari ini.

Nurfitriah Nadhia Shamsudin 2 gol (’36, ’38)
Nur Zariefah Dania Mazlan 1 gol (’55)
Nur Qashrina Azli 1 gol (’58)

Ini kali kedua Nurfitrah memenangi pemain terbaik perlawanan selepas kali pertama ketika meledak hatrik menewaskan Singapura 13-0.

Ketua jurulatih B18 wanita negara, Siti Amarina Ruhani amat berbangga dengan komitmen dan semangat juang tinggi ditunjukkan barisan pemain sepanjang kempen Piala Asia B18 kali ini.

“Semua pemain tunjukkan prestasi terbaik dan semangat juang tinggi kerana standard Piala Asia B18 ini sangat baik untuk belajar. Ini membuktikan keupayaan mereka berdepan tekanan tinggi dan ia perkara positif yang perlu diteruskan,” katanya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Impian besar Addy Jazmi bersama Speedy Tigers
Next: ‘Gadis Turbo’ letak tiga sasaran utama bulan ini

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.