Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Impian besar Addy Jazmi bersama Speedy Tigers

podiumontour May 29, 2026 2 minutes read
Addy Jazmi

ADDY Jazmi antara 20 nama terpilih mewakili Speedy Tigers ke saingan Nations Cup di Cape Town bermula 11 hingga 20 Jun ini.

PEMAIN tengah, Muhammad Addy Jazmi Jamlus langsung tak menduga namanya antara 20 yang terpilih memperkuatkan skuad hoki negara ke Piala Negara-Negara (Nations Cup) FIH 2026 di Cape Town, Afrika Selatan dari 11 hingga 20 Jun ini.

Bagi Addy Jazmi, dia mahu manfaatkan peluang keemasan dalam kejohanan senior kompetitif antarabangsa pertama kariernya dan membalas kepercayaan barisan kejurulatihan diketuai Brendon Carolan.

“Jujurnya memang terkejut, tak sangka nama ada dalam 20 (pemain) ke Nations Cup sebab baru kembali terpilih dalam kem latihan. Kali terakhir beraksi untuk Malaysia ketika Jelajah Australia di bawah jurulatih Sarjit (Singh).

“Saya nak tunjuk kemampuan kepada semua. Impian saya juga nak ukir nama dalam hoki, contoh kalau sebut Fitri, Faizal, orang dah tahu. Jadi bila sebut Addy, orang tahu itu nama saya satu hari nanti.

“Kalau diturunkan, saya harap dapat beri aksi terbaik di sana dan balas kepercayaan barisan jurulatih kerana memilih saya,” katanya kepada Podium On Tour.

Addy Jazmi antara nama baharu daripada skuad Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada Mac lalu selain seorang lagi pemain THT, Muhamad Faris Harizan dan penjaga gol Maybank, Muhamad Zaimi Mat Deris.

Pastinya, ini satu pengalaman terbaik buat karier Addy yang baru berusia 22 tahun dan pernah beraksi dalam dua edisi Piala Dunia Hoki Remaja selain turut berperanan dalam aspek serangan dan pertahanan pukulan sudut penalti.

Speedy Tigers dijadualkan berlepas ke Cape Town pada 5 Jun ini dan membuka kempen Kumpulan A menentang Scotland, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.  – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Speedy Tigers siap sedia banggakan Malaysia di Cape Town
Next: B18 Malaysia kelima terbaik Piala Asia B18

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.