Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

‘Gadis Turbo’ letak tiga sasaran utama bulan ini

podiumontour June 5, 2026 2 minutes read
Aishah Rofina

AISHAH ROFINA memburu catatan peribadi terbaik 100m dan 200m di Taiwan, Filipina dan Malaysia bulan ini.

PELARI pecut wanita negara, Nur Aishah Rofina Aling menggalas misi tersendiri dalam tiga kejohanan utama bulan ini bermula Terbuka Taiwan (6-7 Jun), Terbuka Filipina (10-14 Jun) dan Terbuka Malaysia dari 19 hingga 21 Jun.

Aishah yang pernah mencipta sensasi hingga digelar ‘Gadis Turbo’, akan turun bersaing acara 200m di Taiwan, diikuti 100m dan 4x100m di Filipina dan kemudian 100m dan 200m di Terbuka Malaysia.

Biarpun tiga kejohanan itu dalam tempoh singkat, namun ia bukan penghalang buat Aishah, 27, cuba memburu rekod peribadi (PB) 100m dan 200m selain melayakkan diri ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 nanti untuk acara 4x100m.

“Sasaran saya untuk Terbuka Taiwan nak buat PB. Kemudian saya akan bertanding di Terbuka Filipina untuk 100m & 4x100m. Perancangan saya di kejohanan tersebut untuk buat PB & layak ke Sukan Asia nanti,” katanya kepada Podium On Tour.

Buat masa ini, Aishah Rofina mempunyai PB 100m 11.76s dan PB 200m 24.76s selain perlu mencatat masa sekurang-kurangnya sekitar 45s bagi acara 4x100m untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Aishah Rofina antara 10 atlet negara bersaing di Taiwan bersama Jonah Chang Rigan, Armin Zahryl Abd Latif, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, Umar Osman, Sadat Marzuqi Ajisan, Ziyad Zolkefli, Ng Jing Xuan, Nani Sahirah Maryata dan Shereen Samson Vallabouy.

Atlet dari Sabah itu kemudiannya akan bersaing dalam acara 100m bersama Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira di Filipina sebelum mereka bergandingan dengan Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Azreen Nabila Alias bagi 4x100m.

Seorang lagi atlet negara akan bersaing di Filipina ialah Alia Batrisyia Nasaruddin untuk acara lompat jauh. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: B18 Malaysia kelima terbaik Piala Asia B18
Next: Perjuangan 41 hari Speedy Tigers bermula

Related Stories

Azeem Auburn
  • Olahraga

Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia

podiumontour June 11, 2026
Aiman Najmi
  • Olahraga

Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi

podiumontour June 10, 2026
Shereen Samson
  • Olahraga

Pengorbanan, kerja keras Shereen mula tuai hasil

podiumontour June 10, 2026

Recent Posts

  • Kemenangan meyakinkan Malaysia, Azrai ledak hatrik
  • Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia
  • Speedy Tigers mahu kekal rekod bersih lawan Scotland
  • Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi
  • Pengorbanan, kerja keras Shereen mula tuai hasil
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.