Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

B18 Malaysia perlu lupakan kekalahan, buru No.3

podiumontour June 5, 2026 1 minute read
Piala Asia B18

MALAYSIA (jersi kuning) terpaksa akur bermain di penentuan tempat ketiga dan keempat selepas tewas 1-8 kepada Jepun di separuh akhir hari ini. - MHC

DUA kali gawang negara bolos tiga gol dalam tempoh empat minit mungkin menjadi antara faktor utama kekalahan 1-8 kepada Jepun di separuh akhir Piala Asia B18 hari ini.

Ia sudah berlaku, jadi skuad hoki lelaki B18 negara perlu bangkit melupakan kekalahan perit itu dan memburu penamat tempat ketiga menentang Pakistan di Stadium Hoki Kakamigahara esok.

Ketua jurulatih B18 lelaki negara, Mohd Harfizi Baharom menyifatkan kegagalan beraksi konsisten sepanjang perlawanan antara faktor kepada kekalahan tersebut.

“Kita gagal kawal rentak mereka dan kesilapan mudah kita lakukan, Jepun berjaya ambil peluang dan hasilkan kepada jaringan.

“Tumpuan sekarang terarah kepada penentuan tempat ketiga. Malaysia akan cuba berikan yang terbaik esok,” katanya.

3 gol Jepun dalam 4 minit dihasilkan Numada Gaku (m7), Yoshioka Mahiro (m11) dan Dobashi Takuia (m11) sebelum menambah 2 lagi gol melalui Dobashi Takuya (m20) dan IInukai Yoga (m21).

Mori Tatsuya menjadikan kedudukan 6-0 buat Jepun (m44) dan Inukai Yoga melengkapkan hatrik dengan dua lagi gol pada minit ke-44 dan 48. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Fakrul Afizul cipta rekod baharu Malaysia
Next: Impian besar Fatin Ilyana, ratu pecut baharu VTF2

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.