Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Impian besar Fatin Ilyana, ratu pecut baharu VTF2

podiumontour June 5, 2026 2 minutes read
Fatin Ilyana

FATIN ILYANA (dua dari kanan) melintasi garisan penamat sebagai pemenang final 100m VTF 2 di Stadium UnisZA hari ini. - SUKAN IPT

KEJAYAAN bergelar ratu pecut Varsity Track & Field (VTF) 2 2026 amat manis buat Fatin Ilyana Mat Nayan dalam usahanya merebut dua slot mewakili Malaysia bagi acara 100 meter (m) pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 hujung tahun ini.

Bagi Fatin, pelari dari Langkawi, Kedah itu sebenarnya langsung tidak menjangka dia dapat memenangi pingat emas 100m VTF 2 dengan catatan 12.29 saat (s) di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu hari ini.

Ia berdasarkan pencabar-pencabarnya seperti ratu pecut VTF 1 yang juga rakan sepasukannya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Azreen Nabila Alias (Open Universiti Malaysia).

“Saya nak buat rekod peribadi (PB) sebab kali terakhir saya buat 11.97s pada 2022. Saya pun baru baik daripada kecederaan selepas lebih setahun recovery, jadi tak yakin sangat boleh kalahkan mereka.

“Namun, saya tak sangka pula saya dapat tempat pertama hari ini. Syukur rezeki saya kali kedua berjaya menang 100m di VTF selepas kali pertama saya pada 2024.

“Perancangan saya nak pergi AUG, kalau ada rezeki dapat buat balik PB, saya nak cuba rebut tempat untuk dua slot ke AUG nanti,” kata atlet berusia 23 tahun itu kepada Podium On Tour.

Pingat perak 100m VTF 2 kali ini dimenangi Azreen Nabila dengan masa 12.34s, manakala pelari Universiti Putra Malaysia, Nabilah Natasha Azisyan menerusi catatan 12.45s.

Ratu pecut VTF 1 2026, Wardatul Huwaida terpaksa akur menamatkan aksi final di tempat keempat dengan masa 12.48s, manakala Nur Afrina Batrisya Mohamad Rizal yang memenangi pingat perak 100m sebelum ini, tidak beraksi kali ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: B18 Malaysia perlu lupakan kekalahan, buru No.3
Next: Raja pecut baharu akhiri status ‘pelengkap finalis’

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.