Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Fakrul Afizul cipta rekod baharu Malaysia

podiumontour June 5, 2026 1 minute read
Fakrul Afizul

FAKRUL AFIZUL meraikan kejayaannya memadam rekod 400m lari berpagar Malaysia di VTF 2 hari ini.

ATLET olahraga negara, Muhammad Fakrul Afizul Nasir berjaya menamatkan penantian dua tahun untuk memadam rekod 400 meter (m) lari berpagar kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan 50.72 saat (s).

Fakrul mencipta sensasi itu selepas meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Varsity Track & Field (VTF) 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu hari ini.

Ia sekali gus memperbaharui rekod 400m lari berpagar kebangsaan miliknya, 51.11s yang dilakukannya sewaktu Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Kuching, Sarawak.

“Alhamdulillah rezeki saya dapat buat rekod kebangsaan hari ini,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu selepas tamat perlumbaan akhir hari ini.

Menariknya, catatan itu turut memadam rekod kejohanan, 52.77s yang baru sahaja dicipta oleh rakan sepasukannya dari UPM, Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar di peringkat separuh akhir pada saingan di sebelah pagi.

Aiman Najmi terpaksa berpuas hati menamatkan aksi final itu dengan pingat perak menerusi masa 51.49s.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adib Irfan Azizan selepas mencatat masa 52.82s.

HABIS

Post navigation

Previous: Penantian berbaloi, Kamal cipta PB & rekod baharu VTF
Next: B18 Malaysia perlu lupakan kekalahan, buru No.3

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Ledak 3 gol, keyakinan Azimuddin makin memuncak
  • Giliran Bangladesh jadi mangsa amukan Speedy Tigers
  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.