Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Nasihin sanggup turun demi kemajuan hoki wanita

podiumontour April 4, 2026 2 minutes read
Nasihin

NASIHIN kini memegang peranan sebagai ketua jurulatih skuad wanita remaja dan pembantu kepada C.R. Kumar. - MHC

DEMI kemajuan ke tahap lebih tinggi, Nasihin Nubli Ibrahim sanggup diturunkan pangkat daripada ketua jurulatih kepada penolong jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan.

Nasihin menerima dengan hati terbuka keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melantik semula bekas pengendali Malaysian Tigress dari 2002 hingga 2026, C.R. Kumar dari India.

Selain itu, MHC turut memberi kepercayaan kepada Nasihin mengetuai pasukan remaja wanita kebangsaan sebagai ketua jurulatih, selaras dengan fokus pembangunan jangka panjang.

“Saya okey untuk penambahbaikan pasukan dan sangat teruja nak mula berlatih dengan beliau.

“Saya percaya Kumar adalah seorang jurulatih berpengalaman yang baik dan kami perlukan idea daripada beliau.

“Saya akan beri sepenuh sokongan dan jadikan pasukan ini dibanggakan oleh peminat hoki terutamanya membalas segala kepercayaan diberikan oleh MHC,” katanya kepada Podium On Tour.

Nasihin juga mengakui C.R. Kumar adalah ketua jurulatih pertamanya selepas beliau menamatkan karier sebagai atlet negara dan terjun ke bidang kejurulatihan.

“Beliau individu yang banyak beri tunjuk ajar kepada saya ketika mula dalam kejurulatihan selain arwah Yahya Atan.

“Banyak saya belajar dan seperti presiden (Datuk Seri Subahan Kamal) katakan, kita perlukan penambahbaikan walaupun ada banyak perkara positif dari kelayakan Piala Dunia, jadi saya terbuka untuk kejayaan pasukan,” jelasnya.

MHC mengambil langkah merombak struktur barisan kejurulatihan adalah kerana mahu skuad wanita mampu memecahkan empat teratas Asia yang selama ini didominasi oleh China, Korea Selatan, Jepun dan India.

Kehadiran C.R. Kumar mungkin boleh memberi nafas baharu kepada Malaysian Tigress yang akan menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti.

Berdasarkan resume, C.R. Kumar pernah mengemudi skuad hoki remaja lelaki India menjuarai Piala Sultan Johor 2022 dan Piala Remaja Asia 2023 serta meraih No.4 di Piala Dunia Hoki Remaja 2023. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: C.R. Kumar ganti Nasihin kemudi Malaysian Tigress
Next: Piala Dunia, penampilan terakhir Azizulhasni di Malaysia

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.