Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Badminton

Eu Cong, Kasturi juara Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 26, 2026 2 minutes read
Eu Cong Badminton Universiti ASICS

EU CONG tengah bergambar sebagai juara perseorangan lelaki kategori terbuka Kejohanan Badminton Universiti ASICS 2026.

DUA pilihan utama, Low Eu Cong dan Kasturi Radhakrishnan menepati status pilihan utama apabila masing-masing menjuarai perseorangan lelaki serta wanita kategori terbuka Kejohanan Badminton Universiti ASICS 2026.

Eu Cong yang mewakili HELP University, berjaya menewaskan Hooi Shao Herng dari UCSI University 15-7, 15-12 pada final di Akademi Badminton Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras hari ini (26 Jun).

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui kejayaan tersebut membakar semangatnya untuk memburu pencapaian sama apabila turun ke temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 di Universiti Malaya bermula 28 Ogos nanti.

“Saya cuma buat yang terbaik dan boleh dikatakan saya agak bertuah untuk menang straight set. Ia satu pengalaman yang baharu buat saya di kejohanan ini.

“Selepas ini, saya akan bermain di SUKIPT dan ia akan menjadi penampilan pertama saya di kejohanan itu. Namun, saya tetap letak sasaran untuk jadi juara.

“Jadi saya harap boleh terpilih ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) hujung tahun ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Kasturi Badminton Universiti ASICS
KASTURI tengah bergambar sebagai juara perseorangan wanita kategori terbuka Kejohanan Badminton Universiti ASICS 2026.

Keyakinan sama turut disuarakan pemenang perseorangan wanita, Kasturi dari UCSI University selepas menang straight set 15-9, 15-7 ke atas rakan sepasukannya, Lim Shin pada final hari ini.

“Ini cuma permulaan dan saya tak boleh cepat berpuas hati dengan pencapaian ini. Saya perlu terus bekerja keras untuk saya tingkatkan lagi keyakinan sendiri.

“Kejohanan seterusnya adalah SUKIPT dan saya berharap sekali lagi dapat menang (perseorangan wanita) agar ada peluang untuk saya wakil Malaysia ke AUG nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Eu Cong dan Kasturi tidak dapat meneruskan kecemerlangan acara perseorangan apabila masing-masing tewas final kategori beregu lelaki serta wanita.

Eu Cong yang bergandingan dengan Brandon Hee Hek Yong tewas 10-15, 10-15 kepada Ng Tze Chian-Ryan Chang Zi Xuan dari UCSI University.

Kasturi-Lim Shin pula tumpas 12-15, 10-15 kepada beregu wanita Universiti Malaya, Aneesa Soofiyah Roslan-Yeshveenii Kalaiselvan.

Kategori beregu campuran terbuka dimenangi oleh Ryan Chang-Sik Xiao Hui menewaskan pasangan HELP University, Poopathi Velayutham-Venosha Radhakrishnan 16-14, 15-12. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: 13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II
Next: SSBJ Juniors ke final Div 2 (Central) MJHL

Related Stories

Piala Badminton Universiti ASICS
  • Badminton

Ramkhamhaeng juara Piala Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 28, 2026
BAC 2026
  • Badminton

Malaysia tiada pingat BAC kali pertama sejak 2019

podiumontour April 11, 2026
BAC
  • Badminton

Selangkah lagi pemain negara raih pingat BAC

podiumontour April 9, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.