Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Dedikasi kejayaan juara Div 1 MJHL buat SSBJ

podiumontour July 11, 2026 2 minutes read
SSBJ Thunderbolts

BARISAN pemain dan kejurulatihan SSBJ Thunderbolts meraikan kejayaan mereka menjuarai Div 1 MJHL 2026.

KEJAYAAN SSBJ Thunderbolts menjuarai Divisyen 1 Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2026 menghadiahkan makna yang cukup besar kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Apa tidaknya, ia adalah gelaran berganda buat SSBJ yang sebelum itu memenangi Div 2 MJHL menerusi pasukan adik, SSBJ Juniors sekali gus menyerikan sambutan Jubli Mutiara 30 tahun sejak sekolah itu ditubuhkan pada 1996.

Ketua jurulatih SSBJ Thunderbolts, Mohamad Sukri Abdul Mutalib mendedikasikan kejayaan itu kepada pihak pentadbir sekolah yang secara tak langsung memainkan peranan sebagai ‘tulang belakang’ kepada kejayaan SSBJ.

“Makna yang sangat besar sebenarnya kerana tanpa kita sedari, dua kejuaraan ini jatuh pada tahun ke-30 penubuhan SSBJ dan memang kita ada logo istimewa (SSBJ) tahun ini.

“Saya dedikasikan kejuaraan Div 1 ini khususnya kepada penubuhan SSBJ, pentadbir sekolah, staf-staf sekolah dan rakan-rakan sejawat di sekolah. Kemenangan ini untuk mereka juga,” katanya kepada Podium On Tour.

SSBJ Thunderbolts menamatkan penantian sejak 2022 untuk mendakap gelaran juara liga selepas seri 0-0 dengan PHJ/MSNJ/SMKDBL dalam aksi liga terakhir petang tadi (10 Julai).

“Kami mahukan satu mata untuk menjadi juara. Saya sangat bersyukur dan berharap pasukan akan kekal merendah diri walaupun kami dah berjaya dapatkan kejuaraan,” jelas Sukri yang juga bekas kapten Speedy Tigers.

SSBJ Thunderbolts mengharungi semua lapan perlawanan Div 1 MJHL tanpa kalah apabila merekodkan tujuh kemenangan dan satu seri untuk mengutip keseluruhan 22 mata.

Kini, SSBJ Thunderbolts berpeluang menutup kempen dengan langkah lebih sempurna jika berjaya mempertahankan Piala TNB dimenangi musim lalu yang akan bermula minggu depan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Young Tigers akhirnya menang di Jepun
Next: Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.