Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026 2 minutes read
Young Tigers

NABIL IRFAN (kiri) antara pemain yang menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Jepun B21 hari ini (11 Julai). - MHC

YOUNG TIGERS seakan sudah menemui ramuan untuk menewaskan Jepun bawah 21 tahun (B21) apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri Jelajah Jepun di Gifu hari ini (11 Julai).

Kali ini, skuad hoki remaja negara itu menang 3-0 hasil gol padang Harith Afi Rishamuddin pada minit ke-35 dan dua pukulan sudut penalti (PC) daripada Nabil Irfan Yusof (m-44) serta Shafiq Ammar Fahmi Suzaini (m-50).

Lebih menarik, gawang Young Tigers tidak bolos buat kali pertama dalam empat perlawanan dalam Jelajah Jepun selepas terdahulu tewas 0-5 kepada skuad senior Jepun dan 0-3 Jepun B21 sebelum menang 2-1 ke atas Jepun B21 semalam (10 Julai).

“Ini perlawanan keempat kita di sini, nampak peningkatan dalam beberapa aspek terutamanya keserasian, kawalan pemain dan kelajuan bola untuk tewaskan pihak lawan. Kunci kejayaan hari ini juga adalah kita sudah tahu cara Jepun bermain.

“Kita perlu terus laksanakan cara hoki moden dari segi kepantasan permainan, jangan hilang bola di bahagian tengah supaya dapat elak daripada pihak lawan melakukan serangan balas.

“Dalam masa sama, kita kena cuba cari peluang banyakkan bola di kawasan D lawan dan nampak berjaya hari ini walaupun Jepun bukanlah satu pasukan yang mudah untuk kalahkan mereka,” katanya.

Kemenangan itu secara tidak langsung meningkatkan keyakinan barisan pemain untuk meneruskan kecemerlangan yang sama dalam aksi terakhir menentang Jepun B21 esok pagi.

“Pasukan perlukan tingkatkan keyakinan untuk memudahkan mereka bermain dengan mana-mana pasukan. Siri jelajah ini antara latihan dan persiapan mereka, jadi ia sangat membantu,” tambah Nor Saiful. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Dedikasi kejayaan juara Div 1 MJHL buat SSBJ
Next: Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.