Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigers akhirnya menang di Jepun

podiumontour July 10, 2026 2 minutes read
Young Tigers

SAIFUL ZAINI (kanan) memuji prestasi anak-anak buahnya yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Jepun B21 hari ini (10 Julai). - MHC

SELEPAS mengharungi dua kekalahan dalam siri Jelajah Jepun, skuad hoki remaja lelaki negara akhirnya berjaya mengecapi kemenangan apabila menewaskan Jepun bawah 21 tahun (B21 ) di Gifu pagi tadi (10 Julai).

Ketua jurulatih skuad remaja, Nor Saiful Zaini Nasiruddin membuat beberapa perubahan dari segi taktikal permainan dalam kemenangan itu hasil dua jaringan daripada Muhammad Safwan Salihe dan Shafiq Ammar Fahmi Suzaini.

“Hari ini kita keluar dengan taktikal baharu dan nampak seimbang hingga kita dapat jaringkan dua gol. Jepun juga ada banyak peluang sebab cara hoki moden mereka berbeza tetapi akhirnya kita menang.

“Namun, masih ada banyak tempat yang perlu diperbaiki seperti jaringan dan kawalan pemain. Permainan hoki moden baharu diterapkan Jepun sangat pantas, jadi kawalan pemain juga perlu cepat.

“Kalau kita terleka sekejap dan pihak lawan sudah berlari, susah untuk kita kejar semula. Jadi pemain terutamanya yang baru masuk perlu sentiasa bersedia, kalau tidak kita akan ketinggalan sebab permainan sangat laju,” katanya.

Kebangkitan Young Tigers bermula selepas dikejutkan gol awal Jepun B21 pada minit ketujuh, bermula pukulan sudut penalti Safwan pada minit ke-34 debelum Shafiq memastikan kemenangan dengan jaringan padang dua minit sebelum tamat perlawanan.

Dua aksi sebelum ini menyaksikan skuad remaja negara tewas 0-5 kepada pasukan senior Jepun dan 0-3 dengan Jepun B21.

Young Tigers akan menghadapi dua lagi perlawanan menentang Jepun B21 pada 11 dan 12 Julai ini yang mana ia adalah sebahagian daripada fasa persiapan ke Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 14 September 2026. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Amaran awal Azeem Fahmi buat pencabar Asia
Next: Dedikasi kejayaan juara Div 1 MJHL buat SSBJ

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.