Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Dhaarma Raj menang Anugerah Jurulatih Terbaik Indonesia

podiumontour May 10, 2026 2 minutes read
Dhaarma Raj

DHARMA (tengah) menerima anugerah daripada Erick Thohir pada Majlis Anugerah NOC Indonesia The Game Changer Award 2026 semalam (9 Mei). - DHARMA RAJ

TAHNIAH buat bekas ketua jurulatih hoki lelaki dan wanita Malaysia, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah apabila meraih penghormatan tertinggi dalam kariernya di Indonesia apabila memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik 2026 negara itu semalam (9 Mei).

Gelaran itu mengiktiraf hasil kerja Dhaarma sejak berkelana ke Jawa Barat pada 2022 sebelum rasmi dilantik Pengarah Teknikal skuad hoki Indonesia setahun kemudian.

“Anugerah tertinggi buat saya di sini (Indonesia). Rasa puas hati dan dihargai,” katanya kepada Podium on Tour.

Sepanjang di sana, Dhaarma berjaya membantu meningkatkan struktur dan pembangunan hoki Indonesia di peringkat kebangsaan serta wilayah selain mencipta pelbagai sejarah baharu Sang Garuda.

Antaranya Indonesia kekal sebagai juara bertahan menang pingat emas hoki dalam dewan lelaki dua Sukan SEA berturut-turut pada edisi Kemboja 2023 dan Thailand 2025, menewaskan Malaysia di final.

Skuad hoki dalam dewan wanita Indonesia juga pernah meraih kejayaan gemilang, muncul naib juara Piala Asia 2022.

Di bawah kendaliannya juga, Indonesia mula lebih kompetitif di benua Asia termasuk layak beraksi di kejohanan-kejohanan utama Asia bagi hoki padang lelaki dan wanita.

Buat kali pertamanya juga dua pasukan hoki padang Indonesia itu layak beraksi di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun yang akan bermula September nanti.

Sebagai rekod, Dhaarma pernah diiktiraf gelaran sama di Malaysia, menang Jurulatih Lelaki Kebangsaan 2013 atas kejayaannya mengemudi Skuad Projek 2013 meraih No.4 Piala Dunia Hoki Remaja 2013. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – DHARMA RAJ

Post navigation

Previous: Puripol Boonson sasar 9.80s & 19.6s, pecah 2 rekod Asia
Next: Negeri Sembilan juara Liga Hoki Malaysia 2026

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.