Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Negeri Sembilan juara Liga Hoki Malaysia 2026

podiumontour May 10, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan

BARISAN pemain Negeri Sembilan meraikan jaringan pertama ke atas Territory Stingers di Stadium Hoki Nasional semalam (9 Mei). - HOKITA

BIARPUN masih berbaki satu lagi perlawanan, namun Negeri Sembilan sudah boleh bersedia untuk meraikan kejuaraan Liga Hoki Malaysia Wanita (MHL) 2026.

Ini berdasarkan kemenangan 2-0 ke atas kelab Australia, Territory Stingers di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam (9 Mei) walaupun perlawanan itu cuma berlangsung selama 30 minit.

Kilat pada awal suku masa ketiga menyebabkan aksi terhenti sebelum kedua-dua pengurus pasukan bersetuju untuk menamatkan perlawanan tersebut.

Hasilnya, Negeri Sembilan meraih tiga mata selepas meraih dua gol awal hasil pukulan sudut penalti (PC) Nur Zariefah Dania Mazlan minit ketujuh dan jaringan padang Nuramirah Syakirah Zulkifli pada minit ke-27.

Ia secara tidak langsung mengesahkan Negeri Sembilan sebagai juara liga musim ini dan ia hanya akan diumumkan secara rasmi sebaik tamat aksi terakhir menentang Terengganu di Stadium Hoki Batu Burok pada Selasa ini (12 Mei).

Ini berdasarkan kelebihan tiga mata dan perbezaan jaringan (GD) cukup besar ke atas pasukan di tempat kedua, Malaysian University-UNITEN.

Negeri Sembilan ketika ini memiliki 44 gol tanpa bolos berbanding Malaysian University dengan 14 gol beserta lima bolos menjadikan ia terlalu sukar buat mereka.

Sekarang, peluang terbaik buat Negeri Sembilan yang perlu menang tanpa bolos ke atas Terengganu untuk mencatat sejarah baharu sebagai ‘Perfect Champion’.

Dalam tempoh 10 tahun terakhir, belum ada mana-mana pasukan berjaya muncul juara liga tanpa melepaskan sebarang gol.

Sebagai rekod, Negeri Sembilab musim ini sudah merangkul gelaran Piala Sumbangsih dan berpotensi memenangi treble jika menang saingan Piala Vivivan May Soars selepas ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – HOKITA

Post navigation

Previous: Dhaarma Raj menang Anugerah Jurulatih Terbaik Indonesia
Next: Peluang Danish Iftikhar berentap dengan Noah Lyles?

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.