Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Puripol Boonson sasar 9.80s & 19.6s, pecah 2 rekod Asia

podiumontour May 9, 2026 2 minutes read
Puripol Boonson

PURIPOL merakam masa menakjubkan 9.94s untuk menjadi pelari pertama dari Asia Tenggara mencatat bawah 10s bagi acara 100m. - SUKAN SEA THAILAND 2025

BUKAN satu tetapi dua rekod Asia mahu dipecahkan oleh raja pecut Asia Tenggara dari Thailand, Puripol Boonson dalam acara 100 meter (m) dan 200m.

Menerusi kenyataannya pada sidang akhbar Thai Domestic Power ‘Kid’s Athletics’ dipetik akaun Mustache Runners, Puripol meletakkan impian untuk mencatat masa 9.80 saat (s) untuk 100m dan 19.6s bagi 200m.

Memandangkan usianya baru 20 tahun, Puripol ada tempoh yang cukup panjang untuk memadam rekod 100m Asia, 9.83 saat (s) dicipta legenda pecut China, Su Bingtian semasa Olimpik Tokyo pada 1 Ogos 2021.

Rekod 200m Asia pula dicetak rakan senegaranya dari China, Xie Zhenye dengan masa 19.88s sewaktu London Diamond League pada 21 Julai 2019.

“Jurulatih (Gentry Bradley) suruh saya tulis dua impian. Saya mahu cipta rekod lagi. 100m saya mahu lari bawah 9.80s dan 19.6s untuk 200m,” kata Puripol.

Puripol mencipta sensasi apabila muncul pelari 100m pertama dari Asia Tenggara mencatat bawah 10s menerusi masa 9.94s di peringkat saringan dan kemudian 10s di final untuk meraih pingat emas Sukan SEA Thailand 2025.

Catatan itu menyaksikan dia muncul pelari ketiga terpantas Asia di belakang Bingtian dan bekas pemegang rekod 100m Asia dari Qatar, Femi Ogunode 9.91s.

Kehadiran semula Bradley dari Amerika Syarikat bersama skuad olahraga Thailand yang menjadi kunci utama kejayaan Puripol, mencerahkan lagi impian itu untuk direalisasikan selepas ini.

Sasaran awal bermula dengan emas 100m Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September nanti, memperbaiki pencapaiannya meraih perak edisi Hangzhou 2022 di belakang Xie Zhenye sementara Muhammad Azeem Fahmi memenangi gangsa.

“Kali ini saya harap dapat bawa pulang emas buat Thailand. Sekarang latihan lebih tertumpu kepada asas dan program untuk bina kuasa letupan di permulaan (blok pelepasan),” jelas Puripol. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN SEA THAILAND 2025

100M TERPANTAS ASIA

Su Bingtian (China) — 9.83
Femi Ogunode (Qatar) — 9.91
Puripol Boonson (Thailand) — 9.94
Ryota Yamagata (Jepun) — 9.95
Yupun Abeykoon (Sri Lanka) — 9.96
Abdul Hakim Sani Brown (Jepun) — 9.96
Xie Zhenye (China) — 9.97
Barakat Al-Harthi (Oman) — 9.97
Yoshihide Kiryu (Jepun) — 9.98
Yuki Koike (Jepun) — 9.98
Samuel Francis (Qatar) — 9.99

Post navigation

Previous: Faiz Helmi tamat penantian 2 tahun ledak gol
Next: Dhaarma Raj menang Anugerah Jurulatih Terbaik Indonesia

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.