Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026 2 minutes read
Dheeressh piala remaja asia

DHEERESSH (kiri) ditemani ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Piala Remaja Asia awal pagi tadi.

TERPILIH mewakili skuad hoki remaja negara ke pentas Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China bermula 4 hingga 13 September ini memberi makna yang cukup besar buat tonggak pertahanan muda, Dheeressh Gunaseelan.

Bagi Dheeressh, ia umpama impian menjadi kenyataan kerana diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada skuad Young Tigers dalam misi memburu kedudukan podium sekali gus memperbaiki pencapaian dua edisi terdahulu.

Pemilihan itu secara tidak langsung menjadikan Dheeressh sebagai pemain termuda dalam skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin apabila bakal genap usia 18 tahun pada 26 Disember nanti.

Dheeressh menganggap berita gembira itu sebagai hadiah hari lahir buat ibunya,
Onita Karthigeyan dan ia akan menjadi lebih sempurna jika mereka dapat mencapai sasaran layak ke Piala Dunia Remaja 2027.

“Beliau banyak pengorbanan dan sentiasa menyokong setiap langkah perjalanan hoki saya. Daripada bangun awal pagi, latihan, perjalanan, pertandingan dan segala-galanya, ibu sentiasa di sisi saya.”

“Hari jadi ibu pada 30 Ogos (hari ini), malangnya, saya tidak dapat berada di rumah untuk meraikannya. Saya berharap pemilihan mewakili Malaysia menjadi hadiah hari jadi buat ibu. Saya mahu membuat ibu bangga.

“Kepada ibu, ayah, adik-beradik dan seluruh keluarga saya, terima kasih kerana sentiasa mempercayai dan menyokong saya. Setiap kali saya turun ke padang, saya membawa bersama segala pengorbanan dan sokongan keluarga,” katanya.

Dheeressh turut merakam penghargaan kepada setiap jurulatih, guru dan mentor yang telah memainkan peranan membentuk dirinya sebagai pemain dan individu.

“Mungkin saya tidak mampu menyebut nama setiap seorang, tetapi setiap ilmu dan nasihat yang diberikan akan sentiasa saya bawa dalam perjalanan ini,” jelasnya.

Kapten Malaysia B18 itu juga menganggap Piala Remaja Asia kali ini adalah titik permulaan buat kariernya dan berharap satu hari nanti dapat menjadi sebahagian daripada generasi baharu yang mampu membawa Malaysia ke pentas Sukan Olimpik.

“Kami tahu cabaran menanti amat besar, tetapi kami bermotivasi dan bersedia memberikan segala-galanya untuk Malaysia.”

“Impian saya memastikan kami layak ke Piala Dunia Remaja tahun hadapan. Saya juga mahu menjadi sebahagian daripada generasi yang membantu membawa hoki Malaysia kembali ke Sukan Olimpik.

“Mungkin kedengaran satu impian yang besar, tetapi setiap hari kami bekerja ke arah itu. Kami korbankan masa belajar, bersama keluarga dan banyak perkara yang biasanya dinikmati anak muda kerana kami mahu mengharumkan nama negara,” tambahnya. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

Related Stories

Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026
MSSM
  • Hoki

Selangor L12 mahukan gelaran keempat MSSM

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.