Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026 1 minute read
Jing Xuan

JING XUAN memenangi pingat emas rejam lembing SUKIPT dengan rekod baharu kejohanan menerusi catatan 46.92m.

RATU rejam lembing kebangsaan, Ng Jing Xuan menepati ramalan apabila memenangi pingat emas Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 dengan rekod baharu temasya 46.92 meter (m) di Arena Universiti Malaya hari ini.

Jing Xuan membuat catatan itu pada percubaan pertamanya, sekali gus memadam rekod lama SUKIPT 44.41m yang dilakukan Nur Fatin Adibah Suharman dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada edisi 2016.

Atlet dari Sunway University tetap gembira dengan pencapaian itu biarpun Hasrat untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 52.17m pada kejohanan kali ini tidak berjaya direalisasikan.

“Seperti biasa, saya nak buat yang terbaik dan ada juga sasar untuk cipta rekod kebangsaan. Namun, tiada rezeki tetapi saya bersyukur kerana masih berjaya pecahkan rekod SUKIPT.

“Saya tak dapat keputusan yang saya mahukan, sedikit kecewa tetapi saya terima semua ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Farisha Athirah Wai dengan catatan 36.21m, manakala gangsa dimenangi Tai Yu Tian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi jarak 32.74m. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
Next: Langkah kanan juara bertahan Piala Tun Abdul Razak

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.