Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Faiz Helmi tamat penantian 2 tahun ledak gol

podiumontour May 9, 2026 2 minutes read
Faiz Helmi

FAIZ HELMI (kanan) sentiasa menjadi watak penting sama ada buat skuad negara ataupun pasukan kebangsaan.

KEMENANGAN besar 10-0 TNB ThunderStars ke atas Young Elephants Pahang menjadi detik manis buat tonggak pertahanan berpengalaman skuad kebangsaan, Faiz Helmi Jali.

Bukan sahaja diturunkan sebagai ‘penyerang bidan terjun’ daripada posisi asalnya di bahagian pertahanan, malah Faiz Helmi turut berjaya menjaringkan dua gol.

Gol pertamanya hadir menerusi gerakan pukulan sudut penalti (PC) di hujung suku masa pertama sekali gus menamatkan penantian jaringan lebih 2 tahun dalam kempen Liga Hoki Malaysia (MHL).

Kali terakhir Faiz Helmi, 34, menjaringkan gol MHL adalah sewaktu meledak hatrik menewaskan Kuala Lumpur City 17-1 di suku akhir kedua Piala TNB pada 3 Mac 2024.

“Sejujurnya memang saya tak percaya sebab saya selalu duduk di bawah, lagipun saya bukan seorang penjaring gol. Selama ini assist (bantuan jaringan) sahajalah.

“Kali ini saya diletakkan sebagai penyerang sebab Akhimullah (Anuar Esook) dan Norsyafiq (Sumantri) tak main,” kata Faiz yang turut meledak gol padang pada minit ke-39.

Dalam masa sama, Faiz Helmi turut memuji potensi besar dimiliki barisan muda Young Elephants biarpun TNB menang besar dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam (8 Mei).

“Pahang bagi tentangan, mereka ada pemain muda yang laju, cergas dan rajin. Mungkin TNB ada kelebihan dari segi taktikal dan pengalamana, jadi bila ada peluang, TNB dapat sudahkan kepada jaringan,” jelasnya.

Turut mencuri tumpuan adalah kecemerlangan Azrai Aizad Abu Kamal meledak lima gol selain baki tiga lagi jaringan TNB dihasilkan oleh Jang Jonghyun, Aminuddin Zain dan Danish Aiman Khairil Anuar.

Sebagai rekod, Faiz Helmi membuat debut senior dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia 2012 dan sejak itu telah beraksi sebanyak 264 penampilan antarabangsa bersama Speedy Tigers.

Faiz Helmi juga antara watak penting kejayaan Malaysia meraih pingat perak Sukan Asia 2018 dan hampir pasti membuat penampilan keempat di pentas Piala Dunia pada edisi 2026 di Belgium, Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Perebutan Kasut Emas sengit antara 3 ‘mesin gol’
Next: Puripol Boonson sasar 9.80s & 19.6s, pecah 2 rekod Asia

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.