Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Faizal Saari ledak gol ke-300 antarabangsa

podiumontour September 28, 2026 2 minutes read
Faizal Sukan Asia

FAIZAL mula meledak gol di peringkat senior antarabangsa ketika mewakili Speedy Tigers dalam saingan Cabaran Juara-Juara II 2009. - PODIUM ON TOUR

PENYERANG berbisa skuad hoki negara, Faizal Saari terus membuktikan keunggulannya di depan gawang apabila meledak gol ke-300 karier antarabangsa bersama Speedy Tigers dalam kemenangan 5-0 ke atas China hari ini.

Walaupun sudah berusia 35 tahun tetapi penyudah Faizal masih tajam dan berjaya meledak satu gol padang pada minit ke-40 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara itu.

Ia melengkapkan koleksi jaringan ke-300 Faizal sejak membuat debut bersama skuad senior pada Cabaran Juara-Juara II 2009 di Dublin, Ireland yang menyaksikan dia meledak satu gol membantu Malaysia meraih tempat keempat kejohanan itu.

Faizal yang terus diserapkan dalam skuad senior selepas tamat kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2009 di Malaysia-Singapura, enggan dibuai dengan kejayaan itu kerana baginya kemenangan pasukan lebih bermakna daripada segala-galanya.

“Gol hanya angka, ia satu kepuasan juga sebagai pemain tetapi saya lebih memilih untuk membantu pasukan menang dan mencapai sasaran. Harap pemain teruskan rentak cemerlang selepas kita layak ke separuh akhir,” katanya kepada Podium On Tour.

Lebih manis, Faizal yang pernah dilabel antara salah seorang wonderkid dunia, kini berkongsi status penjaring terbanyak Sukan Asia dengan sembilan gol bersama dua lagi pemain, Sufyan Khan (Pakistan) dan Dilpreet Singh (India).

Secara keseluruhan setakat lima perlawanan, Faizal meledak lima gol padang (FG), tiga pukulan sudut penalty (PC) dan satu penalti stroke (PS), manakala Sufyan 9 gol PC sementara Dilpreet 9 gol FG.

Faizal Sukan Asia
FAIZAL (kanan) dan Marhan adalah dua pemain yang pernah beraksi di Piala Dunia Hoki Remaja 2009 dan masih bersama skuad senior sehingga ke hari ini. – FAIZAL SAARI

Selain Faizal, kapten Speedy Tigers, Muhammad Marhan Mohd Jalil juga antara pemain terawal dipanggil membuat penampilan dalam skuad senior pada 2009 dan kini sudah membuat 367 kaps antarabangsa.

Baki empat lagi gol skuad negara kendalian Brendon Carolan dijaringkan oleh adik Faizal iaitu Fitri Saari (m-13), Akhimullah Anuar Esook (m-22) , Ashran Hamsani (m-24) dan Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-59.

Di separuh akhir 1 Oktober ini, Speedy Tigers selaku juara Kumpulan B, akan bertemu naib juara Kumpulan A sama ada Jepun atau Korea Selatan dalam misi memburu tiket ke pentas final. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION / FAIZAL SAARI

Post navigation

Previous: Harapan ke separuh akhir Sukan Asia musnah
Next: Jing Xuan kongsi pengalaman raih 9A SPM

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.