Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Harapan ke separuh akhir Sukan Asia musnah

podiumontour September 27, 2026 2 minutes read
Sukan Asia

PENYERANG skuad negara, Siti Zulaikha Hussin (kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pemain Korea Selatan hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki wanita negara terpaksa akur terlepas ke separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas tewas tipis 1-2 kepada pasukan No.17 dunia, Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan A hari ini.

Keputusan pada pertemuan di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara itu menyaksikan Malaysian Tigress akan meneruskan aksi di perlawanan klasifikasi kelima hingga lapan pada 30 September ini.

Ketua jurulatihnya, C.R. Kumar merasakan situasi mungkin berubah sekiranya barisan pemainnya memulakan perlawanan lebih ‘garang’ dari suku masa pertama permainan.

Bagaimanapun, beliau tetap berbangga dengan reaksi balas ditunjukkan yang mana mereka hampir-hampir berjaya mencipta kejutan ke pemenang pingat perak edisi Sukan Asia Hangzhou 2022 itu.

“Ini adalah perlawanan paling penting seperti semua tahu dan kami berada dalam situasi wajib menang untuk layak ke separuh akhir.

“Pada dua suku pertama, permainan tidak seperti yang diharapkan. Namun, pada suku ketiga dan keempat, pemain bangkit dengan lebih kuat dan beraksi jauh lebih baik.

“Malangnya, pukulan sudut penalti dan situasi set-piece tidak menjadi seperti yang dirancang. Kami ada beberapa peluang tetapi gagal melakukan percubaan ke arah gol,” katanya.

Korea Selatan meraih dua gol menerusi pukulan sudut penalti Park Seungae dan jaringan padang An Sujin pada minit ke-15 serta 29.

Malaysian Tigress yang memiliki empat pukulan sudut penalti sepanjang perlawanan akhirnya berjaya menyempurnakan satu menerusi Nurmaizatul Hanim Syafi pada minit ke-60, namun ia agak terlewat untuk membuat kebangkitan.

“Ini bukan pengakhiran. Kami masih ada dua lagi perlawanan dan berharap dapat bangkit dengan lebih kuat dan cuba menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat kelima,” jelas C.R. Kumar.

Malaysia akan bertemu Indonesia pada 30 September ini dan kemenangan akan melayakkan mereka bertemu sama ada Thailand atau Taiwan untuk penentuan tempat kelima dan keenam pada 2 Oktober nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Speedy Tigers leraikan badi ke atas Pakistan
Next: Faizal Saari ledak gol ke-300 antarabangsa

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.