Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Fitri tak sanggup terlepas Piala Dunia kali kedua

podiumontour February 12, 2026 2 minutes read
Fitri Saari

FITRI (kanan) antara tonggak penting buat Speedy Tigers pada kempen Kelayakan Piala Dunia di Mesir bulan depan. - ARENA HOKI MALAYSIA

BINTANG skuad hoki negara, Mohd. Fitri Saari enggan terlepas beraksi di pentas Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut menjelang penganjuran edisi 2026 di Wavre,Belgium-Amstelveen, Belanda pada Ogos depan.

Fitri, 32, memburu penampilan ketiga di pentas tertinggi itu selepas terlepas edisi Bhubaneswar-Rourkela 2023 di India setelah beraksi sebanyak dua kali di The Hague, Belanda pada 2014 dan Bhubaneswar 2018.

Ketika itu, nama Fitri tiada dalam perancangan A. Arul Selvaraj, namun kini di bawah bimbingan Sarjit Singh menyaksikan dia dianggap antara watak penting buat Speedy Tigers.

Justeru, jeneral tengah Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu tidak mahu mensia-siakan peluang untuk menyambar tiket ke bumi Belgium-Belanda menerusi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 8 Mac ini.

“Betul Sukan Olimpik lebih penting tetapi Piala Dunia juga penting untuk hoki Malaysia. Sebagai pemain hoki, kita nak main di Belgium-Belanda (Piala Dunia) yang mana ia akan menjadi lebih menarik.

“Kita nak harumkan nama negara di persada dunia. Tak mudah tapi kita kena sahut cabaran sebaik mungkin. Tapi untuk beraksi di Piala Dunia, kita kena perform di kelayakan dulu.

“Saya pernah bermain dua Piala Dunia tapi terlepas edisi 2023. Kali ini saya lebih bersemangat untuk layak sebab saya nak beraksi di Piala Dunia nanti,” katanya kepada Podium on Tour.

Di kelayakan bulan depan, Malaysia, No.13 dunia, akan bersaing dengan Pakistan (No.14), Austria (No.21) dan China (No.23) untuk merebut kedudukan dua terbaik dalam saingan Kumpulan B.

Kumpulan A pula adalah tuan rumah Mesir (No.17 dunia), Amerika Syarikat (No.25 dunia) dan dua pasukan pilihan, England (No.4 dunia) serta Jepun (No.18 dunia).

Hanya tiga pasukan terbaik akan meraih slot beraksi di pentas Piala Dunia 2026 yang akan membuka tirainya dari 14 hingga 30 Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ARENA HOKI MALAYSIA

Post navigation

Previous: “Lutut okey – Faizal”, berita baik buat Speedy Tigers
Next: KL bandar terawal anjur kejohanan hoki dalam dewan

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.