Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

KL bandar terawal anjur kejohanan hoki dalam dewan

podiumontour February 13, 2026 2 minutes read
Hoki

VIKNESWARAN (empat dari kiri) pada majlis sidang akhbar diadakan baru-baru ini.

PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (PHKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Kejohanan Hoki Dalam Dewan DBKL–PHKL sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026.

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 15 Februari 2026 bertempat di UTC Sentul, Kuala Lumpur.

Penganjuran kejohanan ini mencatat satu pencapaian penting apabila Kuala Lumpur menjadi antara bandar terawal di Malaysia menganjurkan kejohanan hoki dalam dewan di Malaysia selepas penganjuran di peringkat kebangsaan.

Inisiatif ini sekali gus memperkukuh peranan ibu negara sebagai peneraju pembangunan sukan bandar yang progresif dan berdaya saing.

Lebih signifikan, kejohanan ini dianjurkan berasaskan peraturan hoki dalam dewan sebenar yang selaras dengan piawaian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sekali gus memastikan aspek teknikal, taktikal dan kompetitif sukan hoki dalam dewan diterapkan secara menyeluruh.

Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti penganjuran kejohanan, malah menyediakan pendedahan awal kepada pemain tempatan terhadap format pertandingan bertaraf antarabangsa.

Kejohanan ini bertujuan untuk mempromosikan hoki dalam dewan sebagai salah satu sukan kompetitif dan inklusif dalam kalangan warga kota, di samping menjadi platform sokongan strategik ke arah persediaan Sukan SEA 2027.

Format hoki dalam dewan yang fleksibel serta kos yang lebih efektif turut membolehkan penggunaan optimum kemudahan awam sedia ada milik DBKL.

Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, kejohanan ini juga berperanan sebagai medium penstrukturan semula pembangunan hoki bandar, khususnya dalam usaha mengenal pasti, membangunkan dan memperkasakan bakat tempatan di peringkat akar umbi.

Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan, iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Wanita Terbuka.

Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya.

PHKL optimis bahawa penganjuran kejohanan ini akan menjadi acara sukan berimpak tinggi sempena Hari Wilayah Persekutuan, di samping berpotensi dijadikan sebagai platform tahunan dalam memperkukuh pembangunan hoki dalam dewan di peringkat bandar dan kebangsaan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Fitri tak sanggup terlepas Piala Dunia kali kedua
Next: Malaysian Tigress mahu jadi pengacau gergasi di Chile

Related Stories

MALAYSIAN UNIVERSITY UNITEN
  • Hoki

Hadiah hari lahir, kemenangan pertama Malaysian University

podiumontour April 24, 2026
Nuramirah
  • Hoki

Nuramirah lepas geram, sumbat 5 gol

podiumontour April 23, 2026
Negeri Sembilan
  • Hoki

Negeri Sembilan julang trofi Piala Sumbangsih

podiumontour April 22, 2026

Recent Posts

  • Ahmad Luth sasar kebangkitan sebelum tutup buku
  • 2x hamstring tak patahkan semangat Aiman Ikhwan
  • Hadiah hari lahir, kemenangan pertama Malaysian University
  • Nuramirah lepas geram, sumbat 5 gol
  • Pembukaan musim terbaik, Jonah sedia ‘gegar’ Mokpo
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.