Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Giliran Oman jadi mangsa Speedy Tigers

podiumontour September 22, 2026 2 minutes read
Sukan Asia

AKHIMULLAH turut mencetak nama selaku penjaring gol Speedy Tigers ke atas Oman hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

MALAYSIA meneruskan rentak cemerlang di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kemenangan kedua selepas menewaskan Oman 7-0 di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahar hari ini.

Ketua Jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan gembira dengan prestasi ditampilkan barisan pemain hari ini. Apa yang positif adalah para pemain berjaya meledak lima jaringan padang satu pukulan sudut penalti dan satu penalti stroke hari ini untuk mengumpul keseluruhan 14 gol daripada dua aksi selepas terdahulu menang 7-0 ke atas Uzbekistan.

“Semua gol adalah sangat penting dan saya lihat para pemain bermain dengan bagus termasuk kawalan bola yang baik berbanding perlawanan pertama sebelum ini.

“Saya gembira dengan prestasi ditunjukkan hari ini dan ia sesuatu yang positif dalam persiapan kita untuk aksi seterusnya menentang Thailand selepas ini,” katanya.

Speedy Tigers membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi gol padang Faizal Saari sebelum Nik Aiman Nik Rozemi menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-17.

Gol padang daripada Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-24 menjadikan kedudukan 3-0 sebelum Shello Silverius memanfaatkan penalti stroke untuk gol keempat Malaysia berselang enam minit kemudian.

Faizal terus membuktikan penyudah tajamnya dengan gol kedua peribadi pada minit ke-43 sebelum Akhimullah Anuar Esook dan Azrai Aizad memastikan kemenangan selesa 7-0.

Selepas ini, skuad hoki lelaki negara akan berdepan Thailand pada 24 September ini diikuti baki dua aksi terakhir Kumpulan B menentang Pakistan dan China.

“Kami menghormati Thailand. Mereka mempunyai pemain yang pantas dan berkemahiran individu yang boleh menghukum mana-mana pasukan.

“Jadi kami akan pastikan kami turun dengan pendekatan yang betul untuk perlawanan itu nanti,” jelas Carolan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Malaysian Tigress ‘berpeluh’ sebelum atasi Bangladesh
Next: China terlalu unggul buat Malaysian Tigress

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.