Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Russel mahukan semula rekod 200m Malaysia

podiumontour April 6, 2026 2 minutes read
Russel

RUSSEL masih belum berputus asa biarpun khidmatnya seakan 'dilupakan' apabila kini menyasarkan rekod peribadi baharu dalam tahun ini. - IG RUSSEL TAIB

PELARI pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib mahukan semula rekod 200 meter (m) kebangsaan miliknya yang kini dipegang oleh Danish Iftikhar Muhammad Roslee.

Pada 23 Mac 2019, Russel mencipta rekod 200m kebangsaan dengan masa 20.77 saat (s) dalam saingan Trek Klasik Antarabangsa Queensland, Brisbane, memadam catatan lama, 20.90s dilakukan Khairul Hafiz Jantan pada 2017.

Rekod itu bertahan selama enam tahun sebelum Danish Iftikhar memperbaharuinya dengan masa 20.73s ketika meraih pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember tahun lalu.

“Danish seorang atlet berbakat besar, saya sangat gembira dengan kejayaannya, malah saya terus menghubunginya selepas dia pecahkan rekod itu.

“Ia secara tak langsung meningkatkan motivasi untuk saya beri lebih baik. Saya mahukannya kerana saya tahu di tahap terbaik saya boleh perbaharui rekod.

“Orang yang rapat dengan saya tahu saya sebenarnya mampu melakukan lebih baik daripada 20.7s sejak sekian lama tetapi atas pelbagai sebab, ia masih sesuatu yang belum diselesaikan,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Tahun 2019 dianggap tahun cemerlang kerana selain mencipta rekod kebangsaan, Russel, 28, juga berjaya meraih perak 4x100m dan gangsa 200m Sukan SEA Manila 2019.

Pada edisi Komanwel Birmingham 2022, atlet berusia 28 tahun itu berjaya mara ke separuh akhir acara 200m.

Kini, Russel yang berpangkalan di Loughborough, United Kingdom menetapkan sasaran layak ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

“Sukan Komanwel kali ini saya cuma perlu menaiki kereta api ke Scotland. Saya mahu merasai pengalaman itu seklai lagi dengan keputusan yang lebih baik.

“Begitu juga Sukan Asia kerana dua ini pentas yang amat penting. Selain itu, saya akan sertai kejohanan-kejohanan di United Kingdom atau sirkit-sirkit di sekitar Eropah,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

PB Russel Taib

60m, 6.70s
100m, 10.42s
200m, 20.77s
400m, 47.57s

KREDIT FOTO – IG RUSSEL TAIB

Post navigation

Previous: Pearly-Thinaah perlu hapus badi di BAC
Next: Identiti baharu TNB ThunderStars di MHL 2026

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.