Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers siap sedia banggakan Malaysia di Cape Town

podiumontour May 28, 2026 2 minutes read
piala negara-negara

SENARAI 20 pemain skuad hoki negara yang akan beraksi di Piala Negara-Negara FIH dari 11 hingga 20 Jun ini. - MHC

KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Brendon Carolan percaya barisan pemain terpilih sudah bersedia sepenuhnya untuk membanggakan Malaysia pada kempen Piala Negara-Negara FIH bermula 11 hingga 20 Jun ini.

Paling mencuri tumpuan adalah kepercayaan Carolan menyenaraikan dua bintang Pasukan Hoki Terengganu (THT), Muhamad Faris Harizan dan Muhammad Addy Jazmi Jamlus bersama Speedy Tigers ke Cape Town, Afrika Selatan.

Carolan berkeyakinan tinggi dengan barisan skuad menarik itu mampu memastikan Speedy Tigers mencapai sasaran mara ke pentas final dalam penampilan pertamanya sejak dilantik oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada Mac lalu.

“Cabaran kami ketika ini tertumpu sepenuhnya kepada prestasi dan standard pasukan sendiri. Antaranya meningkatkan standard pertahanan serta motivasi untuk membanggakan keluarga dan para penyokong Malaysia.

“Matlamat kami sentiasa beraksi sebaik mungkin agar dapat memberi peluang yang positif untuk mara ke final,” katanya.

Penjaga gol Maybank, Muhamad Zaimi Mat Deris juga salah seorang nama baharu yang terpilih ke Cape Town selepas tidak disenaraikan ke Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada Mac lalu.

Speedy Tigers di ranking ke-14 dunia perlu merebut dua slot terbaik Kumpulan A dengan empat pencabar seperti New Zealand (No.11 dunia), Jepun (No.15 dunia), Scotland (No.17 dunia) dan Korea Selatan (No.20 dunia).

Kumpulan B menyaksikan tuan rumah Afrika Selatan (No.13 dunia) bertemu Ireland (No.9 dunia), Perancis (No.10 dunia) dan Amerika Syarikat (No.26 dunia).

Ketika edisi 2024-2025, Malaysia menamatkan kempen di kedudukan keenam dengan pencapaian terbaik Speedy Tigers dalam saingan Piala Negara-Negara FIH adalah meraih tempat keempat pada 2022.

Dalam masa sama, Carolan memuji barisan staf kecergasan dan perubatan kerana memastikan pemain-pemain dalam keadaan terbaik selepas tamat saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) baru-baru ini.

“Tugas yang sangat cemerlang sehingga membolehkan kami memilih skuad yang amat menarik untuk Piala Negara-Negara FIH 2026 dan siri ujian lima perlawanan di Afrika Selatan selepas tempoh MHL yang sangat sibuk,” jelasnya.

Selepas tamat kempen Piala Negara-Negara FIH 2026, Speedy Tigers akan kekal di Afrika Selatan bagi sesi pemantapan pasukan untuk mengeratkan lagi persefahaman antara pemain sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 14 Julai nanti.

Kemudian mereka akan terbang awal ke Belgium untuk kem latihan dan beberapa aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2026 yang akan membuka tirainya dari 14 hingga 30 Ogos. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Azeem tutup mulut pengkritik, hampiri masa 10.09s
Next: Impian besar Addy Jazmi bersama Speedy Tigers

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.