Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Impian besar bintang muda Sabah ke Piala Dunia 2026

podiumontour February 18, 2026 2 minutes read
Andywalfian

ANDYWALFIAN pernah membuat dua penampilan di Piala Dunia Remaja sewaktu edisi 2018 dan 2022. - MHC

BINTANG muda skuad hoki kebangsaan, Andywalfian Jeffrynus mahu memanfaatkan kelebihannya dari segi kepantasan untuk membantu Malaysia mencapai matlamat layak ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos depan.

Bagi merealisasikan impian, Andywalfian, 21, bertekad membuktikan kepada barisan kejurulatihannya bahawa kehadirannya bukan sekadar pelenakgp dalam barisan 21 pemain ke Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 7 Mac ini.

“Saya pernah bermain dengan skuad senior di Sukan SEA Kemboja 2023, Piala Negara-Negara (Nations Cup) dan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) sebelum ini. Tapi tak pernah lagi di Piala Dunia.

“Sudah tentu sebagai pemain, saya nak membuat penampilan di kejohanan berprestij seperti Piala Dunia.

“Kelebihan saya dari segi speed (kepantasan). Saya mahu buktikan saya boleh menjadi regular dalam pasukan dan menyumbang sesuatu kepada pasukan,” katanya kepada Podium on Tour.

Andywalfian antara empat muka baharu dipilih mewakili Speedy Tigers selain Adrian Andy Albert, Azimuddin Syakir Kamaruddin dan Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar pada Kelayakan Piala Dunia kali ini.

Sebagai rekod, Andywalfian yang beraksi di posisi pertahanan, sudah mempunyai 17 kaps antarabangsa bersama Speedy Tigers.

Skuad negara yang akan berlepas pada Jumaat ini, akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Mesir dan Jepun pada 23 serta 26 Februari ini sebelum memulakan saingan Kumpulan B.

Malaysia di ranking ke-13 dunia, akan berentap dengan Austria (1 Mac) diikuti dua seteru Asia, Pakistan (2 Mac) dan China (4 Mac) dalam misi memburu dua tempat teratas untuk mara ke separuh akhir.

Hanya tiga pasukan terbaik kejohanan akan mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belanda-Belgium pada Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Bakat Danish Aiman ‘senjata rahsia’ Speedy Tigers
Next: Bekas rakan sepasukan Azeeem pencabar baharu Asia

Related Stories

MALAYSIAN UNIVERSITY UNITEN
  • Hoki

Hadiah hari lahir, kemenangan pertama Malaysian University

podiumontour April 24, 2026
Nuramirah
  • Hoki

Nuramirah lepas geram, sumbat 5 gol

podiumontour April 23, 2026
Negeri Sembilan
  • Hoki

Negeri Sembilan julang trofi Piala Sumbangsih

podiumontour April 22, 2026

Recent Posts

  • Ahmad Luth sasar kebangkitan sebelum tutup buku
  • 2x hamstring tak patahkan semangat Aiman Ikhwan
  • Hadiah hari lahir, kemenangan pertama Malaysian University
  • Nuramirah lepas geram, sumbat 5 gol
  • Pembukaan musim terbaik, Jonah sedia ‘gegar’ Mokpo
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.