Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Bekas rakan sepasukan Azeeem pencabar baharu Asia

podiumontour February 18, 2026 2 minutes read
AZEEM DAN ASHE

ASHE pernah melangkah ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia 2023 dan Sukan Olimpik Paris 2024. - BOLD SPORTS

PELARI terpantas negara, Muhammad Azeem Fahmi bakal berdepan tentangan lebih sengit dalam usahanya menjadi raja pecut Asia pada masa hadapan.

Buat masa ini, bintang Thailand, Puripol Boonson dengan catatan masa 100 meter (m) bawah 10 saat (s) dan bekas raja pecut remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri kekal sebagai dua seteru utama Azeem dari Asia Tenggara.

Selain Puripol, Lalu dan beberapa jaguh pecut dari China serta Jepun, kini Asia bakal digegarkan dengan kehadiran pelari ke-7 terpantas dalam sejarah Nigeria, Favour Ashe.

Menariknya, Ashe pernah menjadi rakan sepasukan Azeem di Universiti Auburn dalam tahun-tahun kebelakangan ini sebelum dia berhijrah menyertai Universiti Oregon musim ini.

Menurut laporan media antarabangsa, pelumba berusia 23 tahun itu sedang menanti kelulusan untuk menukar kerakyatan Qatar disebabkan kecewa dengan pengurusan negara asalnya, Nigeria.

Buat masa ini, belum ada pengesahan dia boleh berlumba di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 kerana menurut World Athletics, seseorang atlet itu perlu menunggu selama tiga tahun sebelum mewakili negara baharu

Jika berjaya, Qatar boleh kembali memiliki raja pecut Asia selepas Femi Ogunode yang pernah memegang rekod 100m (PB 9.91s) & 200m Asia (PB 19.93s).

Ogunode dulu mewakili Nigeria dan menukar kerakyatan Qatar pada 2009 sebelum dominasinya ditamatkan oleh China yang kembali mengambil alih rekod Asia, 100m (Su Bingtian, 9.83s) & 200m (Xie Zhenye, 19.88s). – PODIUM ON TOUR

Info mengenai Favour Ashe

Personal Best
60m – 6.51s
100m – 9.79s* (wind +3.0), 9.94s
200m – 20.59s* (wind 5.1), 21.12s

Progres 100m
2019 – 10.72s
2021 – 10.17s
2022 – 9.99s
2023 – 9.96s
2024 – 9.94s
2025 – 10.08s

KREDIT FOTO – BOLD SPORTS

Post navigation

Previous: Impian besar bintang muda Sabah ke Piala Dunia 2026
Next: Potensi sebenar Danish bakal diuji jelmaan Usain Bolt

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.