Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Impian besar Kelab Hoki Tunas Angsana demi hoki Malaysia

podiumontour June 22, 2026 2 minutes read
Kelab Hoki Tunas Angsana

MOHD ANWAR (barisan belakang, tengah) selaku Presiden KHTA gembira dengan sambutan ditunjukkan orang ramai dengan penyertaan lebih 100 pemain setakat ini.

KELAB Hoki Tunas Angsana (KHTA) mengambil inisiatif tersendiri dengan harapan untuk menjadi antara platform yang dapat menyalurkan lebih ramai pemain berkualiti kepada skuad hoki remaja kebangsaan di masa depan.

Malaysia beruntung kerana mempunyai banyak akademi hoki selain peranan Program Pembangunan Hoki Kebangsaan (NHDP), sekolah sukan negeri dan kebangsaan serta program-program TNB Thunderbolts dalam usaha melahirkan ramai pemain buat pasukan kebangsaan.

Kewujudkan KHTA sebagai alternatif baharu untuk memberi ruang kepada mereka yang tidak berada dalam program tetapi menyimpan hasrat mahu menjadi pemain kebangsaan pada satu hari nanti.

Untuk itu, kelab yang ditunjangi presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor memperkenalkan Program Pembangunan Hoki Bawah 12 Tahun (B12) dengan latihan percuma setiap Sabtu dan Ahad kepada kanak-kanak di bawah kendalian ramai jurulatih berpengalaman.

Selain fokus kepada pembangunan akar umbi dengan penyediaan peluang buat pemain muda mempelajari asas hoki, kelab berkenaan juga bersedia menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa contohnya peringkat umur B12, B14 dan B15.

“Setakat ini, jumlah pemain yang mendaftar sudah sekitar 100 lebih, ia satu perkembangan yang baik dalam masa yang agak singkat. Kami mahu beri peluang dan ruang kepada mereka menerima latihan daripada jurulatih berkualiti.

Kelab Hoki Tunas Angsana
MOHD ANWAR (dua dari kiri) pada majlis pengenalan Program Pembangunan Hoki B12 Kelab Hoki Tunas Angsana di Stadium Hoki Tun Razak semalam (21 Jun).

“Matlamat akhirnya adalah selepas mereka berlatih serta mencapai tahap yang diharapkan, kami akan membentuk sebuah pasukan untuk bertanding di peringkat kebangsaan,” katanya pada majlis pelancaran program pembangunan itu di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam (21 Jun).

Menariknya, KHTA mempunyai barisan kejurulatihan berpengalaman luas yang juga pernah menjadi watak penting kecemerlangan skuad hoki lelaki dan wanita negara.

Antaranya Pengarah Teknikal KHTA, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang pernah mengemudi Skuad Projek 2013 meraih tempat keempat Piala Dunia Remaja 2013, pasukan senior lelaki dan wanita negara serta kini menggalas peranan sebagai
Pengarah Teknikal Federasi Hoki Indonesia (FHI).

“Kelebihan kelab ini satunya adalah percuma dan keduanya kita akan belanja wang hantar mereka bermain di kejohanan-kejohanan luar apabila tiba masanya nanti.

“Kenapa B12? Kalau pemain umur 13 tahun ke atas, mereka dah bagus, jadi lebih baik kita bermula dari bawah dan naikkan mereka. Sebab kita nak jadi ‘pembekal’ kepada pasukan remaja kebangsaan di masa depan,” jelas Dhaarma Raj. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Speedy Tigers kembali menang, atasi Korea Selatan
Next: Rugi kalau terlepas tonton FURY Championship Vol. II

Related Stories

speedy tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kembali menang, atasi Korea Selatan

podiumontour June 18, 2026
Speedy Tigers NZ
  • Hoki

Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir

podiumontour June 16, 2026
Marhan Jalil
  • Hoki

Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa

podiumontour June 13, 2026

Recent Posts

  • 13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II
  • Rugi kalau terlepas tonton FURY Championship Vol. II
  • Impian besar Kelab Hoki Tunas Angsana demi hoki Malaysia
  • Speedy Tigers kembali menang, atasi Korea Selatan
  • Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.