FITRI SAARI (kanan) beraksi menentang Korea Selatan dalam kemenangan 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A malam tadi. - FIH
SKUAD hoki negara berjaya mengelak daripada menamatkan saingan Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2025-26 di tempat tercorot apabila menang 2-1 ke atas Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan A malam tadi.
Kemenangan di Stadium Hartleyvale, Cape Town itu menyaksikan Speedy Tigers mengakhiri aksi peringkat kumpulan di tempat ketiga sekali gus mara ke klasifikasi lima hingga lapan menentang Amerika Syarikat pada Jumaat ini.
Kapten Speedy Tigers, Muhammad Marhan Mohd Jalil juga gembira dan berbangga kerana dia dan rakan sepasukannya berjaya bangkit menebus kekecewaan tewas dua perlawanan berturut-turut menentang Jepun dan Korea Selatan sebelum ini.
“Rakan-rakan sepasukan telah memberikan yang terbaik hari ini dalam perlawanan menentang Korea. Kami tidak sabar untuk bermain perlawnaan penentuan dan harap kami dapat meneruskan rentak kemenangan seperti hari ini,” jelasnya.
“Saya sangat gembira kerana kami telah kembali bangkit selepas tewas dalam dua perlawanan yang agak mengecewakan. Rakan-rakan sepasukan telah memberikan yang terbaik hari ini dalam perlawanan menentang Korea.
“Kami tidak sabar untuk bermain dalam perlawanan penentuan dan ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit menentang Amerika Syarikat. Harapnya kami dapat meneruskan rentak kemenangan seperti hari ini,” katanya.
Dalam aksi itu, Akhimullah Anuar Esook memanfaatkan kesilapan tonggak pertahanan veteran Korea Selatan, Jang Jonghyun untuk meledak gol pertama skuad negara seawal minit kelima.
Korea Selatan bangkit mengikat kedudukan melalui Lee Gangsan pada minit ke-20 sebelum Speedy Tigers memastikan kemenangan dengan jaringan Shello Silverius ketika aksi berbaki dua minit lagi untuk tamat.
“Kadang-kadang keputusan yang diperoleh adalah hasil daripada prestasi ditampilkan. Ia sesuatu yang positif meraih keputusan ini dan ia satu langkah ke hadapan untuk perlawanan seterusnya,” kata pengendali Speedy Tigers, Brendon Carolan. – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – FIH