Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Rugi kalau terlepas tonton FURY Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026 2 minutes read
FURY Championship

WAFIY (tengah) bergambar bersama Izat Zaki dan Brian Lawitan pada sidang media yang diadakan di Putrajaya pada Sabtu lalu. - SPORTFLEX MALAYSIA

TIKET Fasa 1 Super Early Bird habis terjual dalam masa tujuh minit sahaja telah membuktikan FURY Championship Vol. II sememangnya berada di kelas tersendiri dan semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan tempur tanah air.

Ia turut meningkatkan status FURY Championship antara acara sukan tempur paling dinantikan di Malaysia tahun ini yang mana edisi keduanya di Karisma Arena, Seremban pada 25 Julai ini dijangka menghimpunkan lebih 3,000 peminat.

Selain menampilkan barisan petarung terbaik tempatan dan antarabangsa dalam satu malam penuh aksi dengan kemuncak saingan melibatkan perebutan gelaran sulung FURY Muay Thai Lightweight Championship antara jaguh negara Izat Zaki dan pencabar dari Indonesia, Brian Lawitan.

FURY Championship
WAFIY (tengah) menenangkan Izat Zaki dan Brian Lawitan pada sidang media diadakan di Putrajaya pada Sabtu lalu. – SPORTFLEX MALAYSIA

Bukan sahaja menjanjikan aksi pertarungan berintensiti tinggi, malah tujuannya turut mahu mengangkat industri sukan tempur tempatan ke tahap lebih tinggi melalui penganjuran bertaraf profesional memenuhi standard antarabangsa.

Bagi menghangatkan lagi suasana, Ceremonial Weigh-In & Face Off akan diadakan di Arena Premier Boutique Hotel, Seremban pada 24 Julai ini yang menghimpunkan semua petarung buat kali terakhir sebelum mereka berentap di gelanggang.

Para penonton yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kejohanan itu secara langsung di Karisma Arena pada 25 Julai ini perlu membeli tiket seawal mungkin memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

FURY Championship

Tiket boleh didapati melalui platform Wowtix yang mana Early Bird mula dijual semalam (21 Jun) pada pukul 10 pagi sehingga 30 Jun ini sebelum harga sebenar bermula 1 Julai dari 12 tengah malam sehingga hari pertarungan sebenar nanti.

Tiket boleh dibeli di sini: https://www.wowtix.com.my/event/fury-championship-2 

Penonton juga boleh menyaksikan pertarungan bersejarah berkenaan melalui siaran secara eksklusif Pay-Per-View (PPV) menerusi Tonton dengan harga Early Bird RM11.90 dari 21 Jun-30 Jun dan harga biasa RM16.90 dari 1-25 Julai.

FURY Championship

“Kejayaan jualan tiket Fasa 1 yang habis dalam masa kurang 10 minit menunjukkan minat yang semakin berkembang terhadap sukan tempur di Malaysia. Kami komited untuk terus menyediakan platform terbaik kepada atlet tempatan.

“Pada masa sama kami juga mahu memberi pengalaman bertaraf dunia kepada para penonton yang menyaksikan pertarungan ini nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fury Championship, Mohamad Wafiy Ilham Johan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SPORTFLEX MALAYSIA

Post navigation

Previous: Impian besar Kelab Hoki Tunas Angsana demi hoki Malaysia
Next: 13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II

Related Stories

Sukan SEA
  • Xtra

365 hari menuju Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14

podiumontour September 18, 2026
SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.