Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Impian terakhir Speedy Tigers di pentas Piala Dunia

podiumontour August 26, 2026 2 minutes read
piala dunia

AZRAI AIZAD Abu Kamal dan Akhimullah Anuar Esook menjadi sandaran terbaik negara menentang Wales. - FIH

SKUAD hoki negara mahu menutup kempen Piala Dunia 2026 dengan kemenangan ke atas Wales dalam penentuan tempat ke-15 dan 16 di Arena Hoki Belfius pada 28 Ogos ini.

Bagi ketua jurulatihnya, Brendon Carolan menyifatkan kemenangan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi barisan pemainnya untuk menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober nanti.

“Ia bukan soal maruah semata-mata kerana saya rasa para pemain telah beraksi dengan cukup baik dalam kejohanan ini. Jadi sudah tentu kami mahu akhirinya dengan kemenangan untuk membina keyakinan ke Sukan Asia.

“Sekarang anda dapat lihat pasukan ini lebih tersusun berbanding dua bulan lalu dan pemain tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Kami juga telah letakkan standard prestasi yang baik, jadi kami mahu menang ke atas Wales,” katanya.

Mengulas lanjut, Carolan menganggap kedudukan Speedy Tigers akan menjadi lebih baik sekiranya menang ke atas Perancis, namun berakhir seri 2-2 dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Begitupun, beliau tetap berbangga denga keseluruhan prestasi pasukan kerana berjaya menghadirkan tentangan kepada lima lawan yang berada dalam kelompok 12 terbaik dunia iaitu Jerman, Perancis, Belgium, Ireland dan Afrika Selatan.

“Sudah tentu kami mahu menamatkan kejohanan di kedudukan lebih tinggi, namun, kami agak kurang bernasib baik dengan gol yang dibatalkan semasa menentang Perancis. Tiga mata dalam kumpulan memberikan perbezaan yang besar.

“Namun, saya rasa kami semakin merapatkan jurang dengan kelompok 10 terbaik dunia. Kami kelihatan agak tersusun menjelang Sukan Asia dan para pemain tidak sabar untuk memberikan persembahan terbaik di sana nanti,” jelas Carolan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026
Next: Podium jadi sasaran Young Tigers di Piala Remaja Asia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.