Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026 2 minutes read
Cecilia Maksimon

CECILIA menunjukkan pingat gangsa 2,000m lari berhalangan W55 dimenangi pada Masters Dunia 2026 kali ini.

PERNAH diejek gemuk hingga hilang keyakinan diri antara pencetus semangat Cecilia Maksimon melibatkan diri dalam sukan terutamanya acara larian dan taekwondo.

Jika diimbas semula, tidak pernah terlintas di fikirannya mahu mewakili Malaysia, namun kini Cecilia layak berbangga menjadi pemenang pingat Kejohanan Olahraga Masters Dunia 2026.

Beliau berjaya meraih pingat gangsa bagi acara 2,000m lari berhalangan W55 (55 tahun ke atas) dengan catatan masa 10 minit 22.03 saat (s) pada aksi di Stadium Daegu, Korea Selatan baru-baru ini.

“Dulu tiada peluang walaupun minat sukan. Dari suka-suka nak kuruskan badan sebab dulu saya gemuk. Saya mula sertai masters dalam umur 40-an di Brunei pada 2012.

“Sebenarnya saya tak tahu dapat gangsa sebab di skrin saya no.7, rupanya campur kumpulan umur. Saya terlepas majlis penyampaian hadiah dan bila sampai hotel, baru saya tahu menang.

“Esoknya saya ambil di kaunter informasi ditemani salah seorang rakan, Juliana dan minta izin bergambar di podium. Sampai sekarang saya masih tak percaya saya pemenang pingat gangsa,” katanya kepada Podium On Tour.

Pemenang pingat emas acara itu dimenangi atlet Sepanyol, Isabel Espel Jurado dengan masa 9:09.42s sementara perak menjadi milik Sabrina Osuna dari Uruguay menerusi catatan 9:28.10s.

Atlet veteran dari Kota Belud, Sabah itu akan meneruskan acara keduanya dalam edisi WMAC 2026 kali ini iaitu 8km cross country di Suseong Family Park pada 2 September ini.

“Saya pun tidak sasarkan apa-apa untuk acara kedua, suma saya berusaha cuba yang terbaik sebab peserta bertanding memang hebat-hebat.

“Syukur pada Tuhan saya diberi kekuatan mental fizikal. Dlm keadaan cuaca yg panas memang satu cabaran,” tambah Cecilia. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026
Next: Impian terakhir Speedy Tigers di pentas Piala Dunia

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.