Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Podium jadi sasaran Young Tigers di Piala Remaja Asia

podiumontour August 27, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

NOR SAIFUL

SKUAD remaja lelaki negara meletakkan sasaran awal mara ke separuh akhir dalam misi memburu kedudukan podium pada saingan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September ini.

Ini bagi memastikan Young Tigers mencapai objektif pertama dengan menyambar tiket automatik daripada enam slot ditawarkan ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027.

Selepas itu, barulah skuad muda negara dapat memberikan fokus sepenuhnya untuk menamatkan kejohanan di kedudukan podium, sekali gus memperbaiki pencapaian dua edisi terdahulu menyaksikan mereka meraih tempat keempat.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menegaskan bahawa anak-anak buahnya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam saingan Kumpulan B.

Malaysia diundi dengan pasukan pilihan, Pakistan dan dua ‘pengacau’ seperti China serta Bangladesh selain Kazakhstan melengkapkan saingan Kumpulan B.

“Perlawanan pertama menentang Kazakhstan diikuti China dan Bangladesh adalah wajib menang. Kita perlu mengumpul mata maksimum untuk mengesahkan tempat dalam kelompok dua teratas kumpulan sebelum berdepan Pakistan yang merupakan antara pasukan kegemaran.

“Jadi buat masa sekarang kita nak rebut dua terbaik dahulu. Selepas itu tengok peluang ke separuh akhir sama ada juara kumpulan atau No.2, mungkin India atau Jepun nanti.

“Enam slot layak ke Piala Dunia Hoki Remaja tetapi kita nak lebih terancang, maknanya awal-awal lagi kita nak terus layak sebelum bermain aksi-aksi terakhir separuh akhir atau penentuan tempat ketiga dan keempat,” katanya.

Mengulas lanjut, Nor Saiful menyatakan bahawa siri Jelajah Jepun dan India sebelum ini sedikit sebanyak telah memberikan pendedahan yang sangat berharaga buat barisan pemainnya menghadapi Piala Remaja Asia 2026.

“Di Jepun dan India kita bermain dengan baik, tetapi untuk kejohanan kali ini berbeza. Pemain perlu lebih fokus, tidak buat kesilapan dan wajib memanfaatkan peluang menjaringkan gol awal

“Kita juga perlu bijak mempertahankan kedudukan sekiranya sudah mendahului dan pada masa sama kita tak mahu sebarang kecederaan. Kita nak pemain cergas sebab cuaca di China sejuk sedikit berbanding di Jelajah India,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Impian terakhir Speedy Tigers di pentas Piala Dunia
Next: Inilah masa Young Tigress serlah potensi sebenar

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.